ARKIB : 16/12/2009
Pemain-pemain bola sepak negara
menyambut Zaquan Adha Abdul Radzak (lima dari kiri) yang tiba di Vientiane,
semalam selepas sakit matanya pulih sepenuhnya.
VIENTIANE Kecuali Amirulhadi
Zainal yang masih digantung, jurulatih K. Rajagobal kembali memiliki semua
pemain yang dimahukan apabila bertemu Vietnam pada perlawanan akhir acara bola
sepak Sukan SEA XXV, esok.
Kehadiran semula Zaquan Adha
Abdul Razak dari Kuala Lumpur ke Laos, semalam setelah pulih daripada masalah
mata yang dialaminya, pastinya akan menambah semangat dan sengat jentera
serangan.
K. Rajagobal juga kembali
mendapat sentuhan pemain sayap, Ahmad Fakri Saarani yang selesai menjalani
hukuman satu perlawanan.
Jadi, Rajagobal sudah mendapat
skuad impian dalam misi menamatkan kemarau emas 20 tahun acara bola sepak Sukan
SEA esok.
Mengulas perlawanan esok,
pengurus skuad bola sepak negara ke Sukan SEA, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad
berkata, skuad kebangsaan kini kembali mendapat sentuhan semua pemain tonggak
untuk perlawanan dengan Vietnam setelah pelbagai masalah melanda sejak
peringkat kumpulan lagi.
Menurutnya, kehadiran semula
Zaquan serta Ahmad Fakri membolehkan Rajagobal menurunkan barisan terkuatnya
esok.
Sebelum ini kita dilanda
pelbagai masalah seperti kecederaan dan penggantungan pemain utama.
Namun, kita mengharungi semua
dengan pemain yang ada sehingga berjaya ke final.
Kita terpaksa menurunkan pemain
yang tidak cergas seratus peratus seperti Shafiq Rahim dan Baddrol Bakthiar
kerana tidak punya banyak pilihan.
Begitupun saya bersyukur kerana
kita berjaya juga ke perlawanan akhir dan saya berharap para pemain memberikan
aksi terbaik mereka apabila menentang Vietnam nanti, katanya.
Menurutnya, kehadiran Zaquan dan
Ahmad Fakri tidak syak lagi menambah sengat di bahagian serangan.
Walaupun kita menang ke atas
Laos pada peringkat separuh akhir, namun jentera serangan kita tidak begitu
menyengat pada perlawanan tersebut.
Namun, kini kita kembali
mendapat sentuhan Zaquan dan Ahmad Fakri, jadi kita yakin kehadiran mereka akan
memantapkan lagi pergerakan di bahagian serangan apabila berdepan Vietnam
nanti, katanya. Utusan
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz5YhCkSIMR
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan