MyMetroArena
Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my

KUALA LUMPUR:
Pertahanan tengah negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak mengharungi karier penuh
gemilang bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) namun jauh di sudut hatinya, 'kereta
kebal negara' itu masih mendambakan satu-satunya trofi yang belum pernah
dikucupnya.
Justeru,
kemaraan skuad Harimau Malaya ke pentas akhir Piala AFF 2018 bertemu Vietnam
bakal dimanfaatkan sepenuhnya pemain berusia 31 tahun itu bagi merangkul
gelaran 'Raja Asia Tenggara' sekali gus membantu melengkapkan kabinet trofinya.
"Ini
final pertama bagi saya jadi sudah tentu saya tidak boleh mensia-siakannya.
Pada usia 31 tahun, saya sendiri pun tidak tahu sama ada akan terus diberi
peluang beraksi dalam skuad kebangsaan bagi kejohanan edisi yang seterusnya dua
tahun lagi.
"Ini
satu-satunya trofi yang belum pernah saya menangi jadi semestinya saya begitu
mahukan ia dapat dibawa pulang ke Malaysia," katanya.
Pertahanan
tengah itu memperaga aksi mantap apabila berjaya membentuk gandingan ampuh
bersama Shahrul Saad yang menyaksikan skuad negara hanya dibolosi lima gol
sepanjang kempen kali ini.
Justeru,
jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe sudah pasti mengharapkan kelibatnya
pada pentas akhir pertama, Selasa ini selepas dia terpaksa diketepikan pada
awal permainan separuh akhir kedua bertemu Thailand di Stadium Rajamangala,
Sabtu ini susulan kecederaan.
"Setakat
ini, saya tidak tahu lagi tahap kecederaan saya dan saya akan berjumpa doktor
untuk menilai sama ada ia serius atau tidak. Jadi saya akan menjalani proses
pemulihan supaya dapat pulih sepenuhnya.
"Saya
tetap mengharapkan supaya kecederaan hamstring yang dialami tidak serius.
Apapun, saya optimis tempoh masa yang ada cukup untuk saya pulih,"
katanya.
Lagi berita
Piala AFF
SUMBERArtikel ini
disiarkan pada : Jumaat, 7 Disember 2018 @ 5:33 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan