
Farah Azharie
farahazharie@nstp.com.my
SEPANG:
Pertahanan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd Radzak berharap aksi final Piala
AFF 2018 memprtermukan Malayia dengan Vietnam kerana dia mahu melunas dendam
ketika tewas 0-2 di peringkat Kumpulan tempoh hari.
Aidil, 31,
mengakui Harimau Malaya kini semakin bersemangat untuk menebus dendam kekalahan
itu.
“Saya tak
kisah pasukan mana yang kita bakal hadapi di final nanti, tetapi saya mahu
bertemu Vietnam, kerana kita tewas di peringkat kumpulan dan saya mahu balas
dendam.”
Namun pemain
Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui tidak pasti sama ada dia akan diturunkan
menentang lawan pada aksi pertama final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa
ini.
“Saya cedera
di paha pada awal permainan semalam dan harap ia tidak serius, apapun saya akan
berbincang dengan doktor untuk bermain dalam final.
“Saya belum
terlepas sebarang aksi dan malam tadi pertama kali saya terlepas peluang
bermain dan saya harap ia tidak serius,” katanya.
Aidil yang
cedera seawal minit ke-18 semalam terpaksa digantikan dengan Irfan Zakaria
namun mengakui terpaksa bertahan selama itu kerana begitu bersemangat untuk
membalas hinaan penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom ketika sidang media pra
perlawanan sehari sebelumnya.
“Sebenarnya,
semangat kami semarak kerana sebelum itu kami rasa terbakar dengan kenyataan
Chatchai dan sebab itulah kami bangkit.”
“Kami memenangi perlawanan itu dan merasai perasaan
gembira, hanya kami serta rakan-rakan dan jurulatih akan memahami perasaan
sebenar memenangi perlawanan itu,” katanya.
Sementara itu,
kembar Aidil, Zaquan Adha Abd Radzak selaku kapten meminta penyokong Harimau
Malaya sekali lagi memberikan sokongan padu di Bukit Jalil Selasa ini.
“Saya harap
kami akan memberikan kemenangan sekali lagi jika penyokong semua memberikan
sokongan padu yang akan membakar semangat kami untuk melawan,” katanya.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Khamis, 6 Disember 2018 @ 9:14 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan