MyMetroArena
Firdaus Hashim
dan Naqib Nor Said
sukanteam@nstp.com.my

KUALA LUMPUR:
“Hayat pemain bola sepak tak lama, bila sudah berusia atau mengalami kecederaan
tentu dah tak laku,” kata kapten skuad Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd Radzak
yang tidak bersetuju sekiranya harga siling gaji pemain diperkenalkan oleh
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Jelas
penyerang kebangsaan itu, selaku pemain profesional sudah tentu setiap pemain
akan mencari tawaran lumayan dan ia perkara biasa dalam dunia bola sepak.
“Main bola
sepak ini ada jangka hayatnya. Ia bukan pekerjaan macam cikgu, jurutera, doktor
yang akan kekal hingga pencen umur 60 tahun. Tapi bola sepak lain.
“Bila dah masuk
umur 30 tahun ke atas, itu dah kira penghujung kerjaya sebagai pemain bola. Itu
belum kira jika ada yang mengalami kecederaan teruk dan akhirnya terpaksa
gantung but lebih awal.
“Saya tak
setuju jika ia dilaksanakan (gaji siling). Lagipun pemain dibayar mengikut
prestasi semasa dan jika pemain itu beraksi baik, kenapa tidak boleh menerima
bayaran tinggi,” katanya yang meninggalkan pasukan Kuala Lumpur dan menyertai
Kedah bagi mengharungi saingan Liga Super musim depan.
Keghairahan
pasukan liga tempatan menawarkan tangga gaji yang cukup tinggi tanpa ada had
maksimum menyaksikan banyak pasukan gagal melunaskan gaji pemain hingga ada
terpaksa menarik diri berikutan masalah kewangan teruk.
Menerusi
laporan Sukan NSTP sejak kelmarin, saingan Liga Malaysia (Liga-M) antara
saingan paling lumayan di rantau Asia Tenggara dengan gaji pemain bintang
tempatan mampu mencecah hampir RM70,000, manakala bagi pemain muda baharu yang
meningkat naik, bermula daripada RM10,000.
Pemain import
pula mampu mencecah hingga AS$43,000 (RM180,000) sebulan yang disifatkan cukup
tinggi jika dibandingkan dengan Liga Thailand yang lebih rendah sedangkan taraf
liga mereka berada pada satu tahap lebih berkualiti dari Liga-M.
Lantas, dengan
adanya pengenalan harga siling ia dijangka mampu mengatasi masalah gaji pemain
serta dapat mewujudkan persaingan secara sihat tanpa adanya dominasi satu-satu
pasukan.
Penyerang
Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid berkata, biasanya pemain menerima gaji
lumayan selepas ditawarkan sendiri oleh pasukan yang mahukan khidmat mereka.
“Sebagai
pemain tugas kami hanya bermain bola dan berusaha mencari kemenangan buat
pasukan. Hal gaji biarlah pihak pengurusan yang tentukan.
“Pada saya
jika seorang pemain itu dibayar gaji yang besar dengan prestasi bagus, rasanya
tak timbul masalah. Malah, gaji yang tinggi juga boleh menaikkan motivasi
pemain untuk sentiasa beraksi baik dalam setiap perlawanan,” kata tonggak
kebangsaan itu yang membawa Harimau Malaya muncul naib juara Piala AFF selepas
tewas kepada Vietnam.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Isnin, 31 Disember 2018 @ 10:32 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan