Khamis, 23 Mac 2017

Terengganu juara Piala Nike



ARKIB : 30/06/2002
TERENGGANU muncul juara Kejohanan Bola Sepak MSSM/FAM/ MSN Piala Nike 2002 selepas menewaskan Johor 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur semalam.

Mohd Fikri Che Karmi muncul wira Terengganu selepas menjaringkan kedua-dua gol tersebut untuk membenam Johor untuk menjuarai kejohanan tahunan itu.

Gol pertama Mohd Fikri dijaringkan daripada percubaan cantik daripada tengah padang pada minit ke-22 untuk meletakkan Perlis di hadapan.

Manakala gol kedua pemain serangan itu dijaringkan pada minit ke-44 di separuh masa kedua daripada percubaan tengah padang yang melirik ke gawang gol Johor untuk meletakkan Terengganu pada kedudukan yang selesa.

Kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat.

Sebelum itu, pada perlawanan menentukan tempat ketiga dan keempat Kedah menewaskan Perlis 5-3 untuk menduduki tempat ketiga.

Pengurus pasukan Terengganu, Ridzuan Ghazali berkata, kejayaan ini dapat menebus kehampaan mereka pada kejohanan yang sama 1998 di mana mereka muncul naib juara.

``Kami akan cuba untuk mempertahankan gelaran tersebut pada kejohanan tahun depan,'' katanya selepas perlawanan.

Anugerah Lain

Penjaring gol terbanyak: Muhammad Shafiq Jamal (Kedah)

Pemain terbaik pelawanan akhir: Shamshahril Gulam (Terengganu)

Penjaga gol terbaik: Abd Hadi Abd Hamid (Kedah)

Pemain terbaik kejohanan: Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak (Negeri Sembilan)

Permainan bersih: Terengganu

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0630&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4cDRv6NTu
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan