PENYERANG
Malaysia, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak mengharapkan sokongan padu terus
diberikan kepada skuad kebangsaan apabila Harimau Malaya akan bertemu Thailand
dalam aksi separuh akhir Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
01 Disember
2018 2:46 PM
KUALA LUMPUR 1
Dis. - Kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd. Razak menyifatkan tidak mustahil
untuk dia dan rakan sepasukannya mencipta kemenangan ke atas Thailand dalam
aksi separuh akhir Piala AFF yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit
Jalil, malam ini.
Penyerang
skuad kebangsaan itu menyedari harapan menggunung diletakkan di barisan pemain
dan walaupun lawan yang dihadapi bukan calang-calang pasukan namun berbekalkan
sokongan padu penyokong Harimau Malaya tidak mustahil kemenangan dapat dicapai.
“Kami tahu
harapan penyokong amat tinggi dan kami faham. Sudah pasti kami mahu memberi
aksi terbaik untuk mendapatkan keputusan yang bagus. Saya fikir tidak mustahil
untuk bertemu pasukan yang kuat seperti Thailand, apa pun boleh berlaku.
“Yang penting
kami bermain dalam satu pasukan dan semangat juang yang tinggi, kami mampu
atasi Thailand.
“Sokongan yang
diberikan oleh peminat amat memberangsangkan dengan memenuhi setiap sudut
stadium. Sebagai pemain, apabila kami melihat penyokong menyanyi dan memberikan
sorakan, penat lelah kami berlari di atas padang tidak begitu terasa. Terima
kasih kepada penyokong Harimau Malaya,” katanya kepada pemberita di Stadium
Nasional Bukit Jalil, semalam.
Biarpun
Thailand menjadi pasukan pilihan selepas mereka turun selaku juara bertahan
namun Malaysia tidak pernah kalah kepada skuad Gajah Perang itu di laman
sendiri dalam perlawanan bola sepak peringkat senior sejak 1971 sekali gus
menjadi motivasi terbaik untuk Harimau Malaya pada malam ini.
Selepas ini,
Malaysia akan bertandang ke Bangkok pada 5 Disember ini bagi menghadapi aksi
timbal balil. - UTUSAN ONLINE
sumberArtikel
Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/ayuh-teruskan-sokongan-anda-1.797357#ixzz5YQS1LJtt
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan