MyMetroArenaAziman
Rosdi
aziman@nstp.com.my

PENYERANG
kebangsaan, Zaquan Adha Radzak lebih suka Harimau Malaya berwatak ‘low profile’
pada kempen Piala AFF November depan biarpun mengakui pasukan yang dibentuk
oleh jurulatih Tan Cheng Hoe awal tahun ini mampu melakukan kejutan.
Katanya,
keputusan mengecewakan dua tahun lalu apabila tersingkir awal di Yangon
seharusnya dijadikan pengajaran apatah lagi lawan mereka dalam saingan Kumpulan
A kali ini hampir sama iaitu Vietnam, Myanmar dan Kemboja kecuali Laos.
“Saya tidak
kisah dengan persepsi orang yang mengatakan kami bukan pasukan pilihan kali
ini. Biar kami ‘low profile’, tapi pada masa sama kami buktikan pasukan ini
lebih baik.
“Dalam
kumpulan ini, Vietnam dan Myanmar adalah lawan paling sukar, tapi saya percaya
Kemboja dan Laos tidak akan memberi laluan mudah. Dua tahun lalu kami gagal ke
separuh akhir, jadi pengalaman itu harus dijadikan pengajaran buat semua
pemain,” kata Zaquan yang kini mewakili Kuala Lumpur.[a1]
Kempen
Malaysia, juara 2010, akan bermula dengan menentang Kemboja di Phnom Penh pada
8 November, sebelum melayan kunjungan Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil
pada 12 November, bertemu Vietnam di Hanoi (16 November) dan Myanmar di Bukit
Jalil (24 November).
Manakala
saingan Kumpulan B pula membabitkan juara bertahan Thailand, naib juara
Indonesia, Filipina, Singapura dan pemenang pusingan kelayakan, Brunei atau
Timor Leste.
Zaquan yang
dilantik sebagai kapten dan meledak empat gol ketika menamatkan kemarau 12
perlawanan tanpa kemenangan Harimau Malaya dengan membelasah Bhutan 7-0 pada
aksi persahabatan di Bukit Jalil, 1 April lalu percaya, semangat pemain skuad
itu boleh dijadikan senjata terbaik untuk memburu tempat ke final Piala AFF.
“Ramai yang
cakap ia perlawanan mudah menentang Bhutan, tapi kami hanya berlatih beberapa
hari saja sebelum perlawanan itu. Pemain ketika itu beraksi dengan semangat
juang tinggi.
“Pemain juga
cepat menyesuaikan diri dan tak mustahil untuk kami ke final jika membuat
persiapan lebih baik. Tapi tak tahulah, mungkin selepas ini pemain lain akan
dibawa, mungkin ada kapten baru tapi ia tak ada masalah, kerana apa yang
penting, semua pemain perlu ada semangat untuk menyarung jersi negara,”
katanya.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mei 2018 @ 6:46 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan