Khamis, 20 Disember 2018

Zaquan tagih kesetiaan penyokong


 
ARKIB : 27/05/2010
Zaquan tagih kesetiaan penyokong
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
Zaquan Adha Abdul Razak

KUALA LUMPUR - Entah di mana silapnya, selepas memenangi Piala FA pada awal musim, skuad Negeri Sembilan terus dihambat prestasi tidak menentu, malah tewas mengejut dalam beberapa perlawanan mudah.

Yang terbaru, Negeri Sembilan sekadar seri 1-1 ketika bertemu KL Plus dan tunduk mengejut 1-2 di tangan Kuala Lumpur semasa beraksi di gelanggang sendiri.

Berkedudukan di tangga kelapan, skuad Hoben Jang Hoben kini semakin menghampiri ke kelompok bawahan liga kerana hanya dipisahkan satu mata dengan pasukan Kuala Lumpur dan tiga mata ke atas Pahang.

Jika nota kekalahan terus dicatatkan dalam beberapa perlawanan seterusnya, skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu bakal berdepan musibah besar dan mungkin akan mengakhiri kempen Liga Super di luar 10 pasukan terbaik.

Oleh itu, penyerang dan bintang Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abdul Razak meminta seluruh peminat setia skuad itu dapat terus memberikan sokongan ketika mereka sedang melalui saat yang sukar.

''Sokongan padu daripada amat penyokong amat ditagih kerana ia secara tidak langsung dapat menaikkan kembali moral saya dan rakan-rakan untuk bangkit dalam beberapa perlawanan akan datang.

''Jangan semasa kita berada di kemuncak prestasi sahaja, peminat baru hendak turun memberikan sokongan.

''Sebenarnya, dalam masa inilah peminat perlu membuktikan kesetiaan mereka dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kerana ia dapat memberikan keyakinan kepada kami untuk terus beraksi lebih baik,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Zaquan, tiada sebarang masalah yang berlaku dalam skuad cuma beberapa masalah kecederaan yang dilihat sedikit mengganggu rentak persembahan Negeri Sembilan secara keseluruhan.

''Antaranya Mohd. Alif Samsudin masih dilanda kecederaan sementara kapten, Rezal Zambery Yahya pula belum habis menjalani penggantungan.

''S. Kunanlan baru sahaja pulih dan ketiadaan mereka semua membuka peluang kepada beberapa pemain muda yang tidak berpengalaman dan itu serba sedikit menjejaskan peluang kami mencatatkan kemenangan, '' katanya.

Selain itu, Zaquan menyifatkan nasib sentiasa tidak menyebelahi pasukannya walaupun banyak menguasai bola dalam perlawanan.

''Ketika kami berdepan Kuala Lumpur, boleh dikatakan kami yang banyak menyerang tetapi kami tetap kalah walaupun banyak mencipta peluang untuk menjaringkan gol,'' ujarnya.

Namun, dia tetap optimis Negeri Sembilan berpeluang mengutip tiga mata penuh ketika melayani kunjungan Johor, Sabtu ini.

''Bagaimanapun, saya tidak mahu bersikap terlalu yakin kerana kelak itu boleh menghukum kita namun saya anggap ini perlawanan terbaik buat kami mengembalikan keyakinan,'' katanya.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz5aE18HKTo
© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 18 Disember 2018

Zaquan tekad lunas dendam

ARKIB : 24/03/2010
Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Penyerang berbisa Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abdul Razak tidak sabar menanti pertemuan dengan Selangor pada separuh akhir Piala FA, minggu depan. Ini kerana dia mahu membalas dendam selepas Negeri Sembilan tumpas 1-2 pada Piala Sumbangsih, Januari lalu.

Untuk itu, dia tekad menyekat skuad gergasi merah kuning mara ke perlawanan akhir Piala FA.

Katanya, rakan sepasukannya juga melaungkan azam yang sama, apatah lagi beraksi di laman sendiri pada perlawanan separuh akhir pertama.

''Biarlah orang ramai menganggap Selangor pasukan pilihan, ia tidak menjejaskan misi kami untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala FA.

''Saya lebih selesa jika Negeri Sembilan dilabel bukan pilihan, kerana ia akan menyebabkan tekanan kepada Selangor,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Negeri Sembilan ke separuh akhir Piala FA selepas bangkit daripada kekalahan 0-1 pada pertemuan pertama, apabila menewaskan KL Plus di Seremban 3-1 dan layak berdasarkan agregat 3-2.

Sambil menghormati keupayaan lawan, Zaquan menegaskan pasukannya tetap mempunyai kelebihan kerana mempunyai ramai pemain berpengalaman.

''Persoalannya, siapakah yang akan memberikan persembahan terbaik di atas padang nanti?

''Bagi pihak Negeri Sembilan, saya begitu yakin kami mampu menunjukkan aksi berkualiti dan bermain sebagai satu pasukan, '' ujarnya.

Dalam masa sama, dia mengakui begitu mengidamkan kejuaraan Piala FA, yang belum pernah dikecapinya selepas merangkul Piala Malaysia, musim lalu.

''Terus terang, saya ingin menambah koleksi kejuaraan Piala FA dalam karier saya sebagai pemain bola sepak, selain membantu Negeri Sembilan menjuarai Piala FA buat kali kedua.

''Tambahan pula kami cukup kecewa apabila tewas kepada Kelantan tahun lalu pada peringkat separuh akhir.

''Azam kami kali ini ialah memperbaiki pencapaian dengan beraksi di akhir dan seterusnya menjuarai Piala FA, '' katanya.

Tambah menggembirakan Zaquan, semua pemain Negeri Sembilan bebas masalah kecederaan serius, dan dia berpendapat itu merupakan satu berita baik menjelang pertemuan pertama dengan Selangor.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz5a6SzYysq
© Utusan Melayu (M) Bhd

Ahad, 16 Disember 2018

Zaquan perlu belajar jadi penyerang sejati - Wan JamaK


 
ARKIB : 11/02/2010
Pemain Negeri Sembilan, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak (tengah) cuba dihalang oleh tiga pemain Pahang pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang, kelmarin.
KUANTAN - Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan kecewa dengan prestasi ayam tambatannya, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak yang setakat kini masih belum mencapai tahap sebenar.

Kekalahan memalukan 1-2 di tangan Pahang yang dibarisi pemain muda, membuktikan penyerang skuad Rusa dan kebangsaan itu perlu lebih banyak belajar untuk menjadi seorang 'penyerang sejati.'

Setakat pertemuan kelmarin, Zaquan gagal memberikan persembahan menyakinkan apabila tidak mampu merobek gawang lawan.

''Dengan usianya yang masih muda, Zaquan perlu banyak belajar dan kancah Liga Super merupakan gelanggang sesuai untuknya," katanya selepas perlawanan dengan Pahang di Stadium Darul Makmur, kelmarin.

Pada perlawanan tersebut, juara Piala Malaysia musim lalu itu tewas mengejut 1-2 kepada Pahang yang dibimbing Dollah Salleh.

Dua gol Pahang dijaringkan oleh Abdul Rahman Kadir dan Mohd. Fazli Baharudin, masing-masing pada minit ke-37 dan ke-88, manakala gol tunggal Negeri Sembilan disempurnakan oleh K. Thanaraj pada minit ke-65.

Mengulas perlawanan tersebut, Wan Jamak berkata, Mohamad Zaquan Adha, perlu bertindak sebagai penyerang sebenar dengan menjaga posisinya.

''Dia tidak perlu berlari ke sana sini atas padang mengejar bola.

''Dia sepatutnya mendapatkan bola dan menyerang.

''Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan dia atas kekalahan ini," katanya.

Ditanya mengenai prestasi Negeri Sembilan yang agak terumbang ambing sejak awal musim, Wan Jamak menjelaskan, pasukannya masih belum berada pada tahap sebenar.

Para pemain, katanya, belum menemui sentuhan masing-masing dalam beberapa siri perlawanan sebelum ini.

''Para pemain sedang mencari rentak dan belum menemui keserasian dan prestasi Negeri Sembilan pada masa ini hanya berada di tahap 60 peratus," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menyalahkan kealpaan barisan pertahanan yang menyebabkan Negeri Sembilan gagal mengutip sebarang mata, selepas Mohd. Fazli meledakkan gol bagi memastikan Pahang memperoleh tiga mata pada minit terakhir perlawanan kelmarin.
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz5ZqP0nANj
© Utusan Melayu (M) Bhd

Khamis, 13 Disember 2018

Aidil, Syazwan kembali perkuatkan Harimau Malaya

DUA tonggak pertahanan Harimau Malaya, Aidil Zafuan (kiri) dan DUA tonggak pertahanan Harimau Malaya, Aidil Zafuan (kiri) dan Syazwan Andik yang sebelum ini terpaksa diketepikan akibat kecederaan dapat diturunkan dalam aksi final kedua Piala AFF di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini.
13 Disember 2018 10:38 AM

SEPANG 13 Dis. - Skuad Harimau Malaya mendapat suntikan semangat menghadapi Vietnam pada aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018, setelah dua tonggak pertahanan, kembali pulih daripada kecederaan untuk turun beraksi di Stadium My Dinh, Hanoi, Sabtu ini.

Dua pemain berkenaan adalah pertahanan tengah, Aidil Zafuan Abd Radzak dan pertahanan kiri, Syazwan Andik Mohd. Ishak yang tidak diturunkan pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 2-2.


Pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe mengakui kehadiran semula dua pemain berkenaan selain kembalinya pertahanan kanan, Syahmi Safari daripada penggantungan satu perlawanan, nyata memberi kelegaan kepadanya untuk aksi genting di Hanoi nanti.

"Kita harap dengan kembalinya tiga pemain pertahanan ini, ia sedikit sebanyak membantu kita di barisan pertahanan, namun kita tahu serangan Vietnam agak pantas, cepat mengambil peluang dan pemain perlu fokus selain kubu negara tidak dibolosi," katanya ketika ditemui pemberita sebelum berlepas ke Hanoi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Cheng Hoe tidak menolak kemungkinan akan berlakunya perubahan formasi terutamanya di bahagian pertahanan selepas kubu skuad negara mudah dibolosi pada aksi sebelum ini, namun mengakui ia bergantung kepada keadaan pada hari perlawanan berkenaan.

"Pemain juga sudah tahu keadaan cuaca di sana, mungkin hujan atau keadaan sejuk dan pemain kena bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sana nanti," jelas Cheng Hoe yang menjadi penolong jurulatih kepada Datuk K. Rajagobal ketika Malaysia meraih kejuaraan sulung pada edisi 2010.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut serta ke Hanoi, mengakui kedua-dua pasukan masih mempunyai peluang seimbang untuk muncul juara buat kali kedua, dengan Vietnam muncul juara pada 2008, manakala Malaysia pada 2010.

"Apabila keputusan seri 2-2 pada aksi (final pertama) sebelum ini, mungkin ada penyokong yang berpendapat kita mempunyai peluang tipis (untuk muncul juara) di Hanoi, tetapi dalam bola sepak, apa pun boleh terjadi macam kita bertemu dengan Thailand (separuh akhir).

"Saya kira peluang kita untuk muncul juara dengan Vietnam adalah 50-50, maknanya kita ada peluang dan dia pun ada peluang, dan dia tertekan beraksi di laman sendiri dan saya ingat pemain kita bersedia main tanpa tekanan dan beraksi dengan baik," tegas Hamidin.

Untuk rekod, Malaysia bangkit daripada ketinggalan sebelum mengikat Vietnam 2-2 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lepas. - BERNAMA
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/aidil-syazwan-kembali-perkuatkan-harimau-malaya-1.804064#ixzz5ZYoOwQ4i
© Utusan Melayu (M) Bhd

Isnin, 10 Disember 2018

Harimau Malaya tidak boleh sia-siakan peluang


10 Disember 2018 9:10 AM
 ZAQUAN
ZAQUAN 
KAPTEN skuad Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd. Radzak optimis pasukannya tidak akan lagi mensia-siakan peluang keemasan ketika melayan kunjungan Vietnam pada dalam aksi final pertama Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam esok.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe umpama ‘mati akal’ apabila seri tanpa jaringan ketika menentang Thailand pada aksi separuh akhir pertama di ge­langgang keramat negara itu awal bulan ini.


Namun, nasib menyebelahi skuad Harimau Malaya me­langkah ke pentas final buat kali keempat dengan kelebihan gol tempat lawan selepas mengikat juara bertahan itu 2-2 di Stadium Rajamangala, Bangkok minggu lalu.

Susulan itu, Zaquan berharap barisan pemain memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diperoleh terutama de­ngan sokongan padu 80,000 penyokong sendiri di stadium terbesar negara nanti.

“Saya akui bermain di laman sendiri memberi kelebihan untuk mana-mana pasukan tetapi jika pasukan gagal menjaringkan gol, ia tetap tidak memberi sebarang bekalan baik buat skuad negara.

“Namun, keputusan tersebut akan dianggap sebagai positif andai skuad negara mampu menyekat pasukan lawan daripada menjaringkan sebarang gol.

“Saya anggap pengalaman separuh akhir menentang Thailand sebelum ini dapat diulangi dengan situasi berbeza iaitu dengan bekalan gol,” katanya yang sudah meledak tiga gol pada kejohanan ini.

Ini merupakan kali pertama pemain berusia 31 tahun itu ber­aksi di pentas final Piala AFF Suzuki selepas tiga penampilan mewakili negara pada edisi 2008 dan 2016
SUMBER-KOSMO ONLINE 10 Disember 2018 9:10 AM

'Kami janji tak ulangi kesilapan' [METROTV]

MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my
 
KUALA LUMPUR: Ketua pasukan Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd Radzak menegaskan kekalahan 0-2 kepada Vietnam pada peringkat Kumpulan A Piala AFF di Hanoi sebelum ini tidak akan berulang lagi apabila kedua-dua pasukan bertemu di pentas final kali ini.

Katanya, kekalahan itu sedikit sebanyak memberi pengajaran berguna kepada rakan sepasukannya menjelang aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Jelasnya, dia percaya barisan pemain sudah memperbaiki segala kelemahan bagi memastikan misi meraih kemenangan di depan 80,000 penyokong tempatan mampu diraih.

"Suasana final sangat berbeza dibandingkan bermain dalam peringkat kumpulan," katanya pada sidang media pra-perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

"Untuk saya, apa yang berlaku dalam kumpulan, kita perbaiki kesilapan dan belajar sesuatu daripada kelemahan itu. Ia senario yang memang berbeza dan kami sudah bersedia untuk menentang mereka," katanya yang sudah merekodkan tiga gol pada kempen AFF kali ini.

Malaysia berjaya melangkah ke final buat kali keempat selepas edisi pertama 1996, 2010 serta 2014 dan kini berada di landasan tepat untuk menjulangnya buat kali kedua mengulangi pencapaian pada 2010 lalu.

Namun Vietnam yang juga juara pada 2008 bukan calang-calang pasukan apabila skuad bimbingan jurulatih dari Korea Selatan, Park Hang-Seo itu menduduki ranking ke-100 dunia berbanding Malaysia di tangga ke-167.

Malah sembilan  pertemuan sebelum ini menyaksikan Vietnam meraih enam kemenangan dan kali terakhir Malaysia menewaskan mereka ialah pada separuh akhir pertama Piala AFF 2010 dengan keputusan 2-0 di Bukit Jalil.

Jelas Zaquan, motivasi dan keharmonian adalah kunci kepada kejayaan pasukan hingga mara ke pentas final.

"Final adalah perlawanan yang ditunggu-tunggu sama ada peminat mahupun kami sebagai pemain. Keserasian dan keharmonian di luar padang antara  pengurusan dan pemain amat baik dan ia sebab mengapa kami cukup bersatu.

"Saya harap ia akan diteruskan di dalam padang pula dan InsyaAllah akan beri kejayaan," katanya.

Lagi berita Piala AFF
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Disember 2018 @ 3:51 PM

Usah ulang duka lama: Trong Hoang


MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my
 
KUALA LUMPUR: Tonggak berpengalaman Vietnam, Nguyen Trong Hoang enggan 'memori lama' berulang apabila bertemu Malaysia pada perlawanan akhir pertama Piala AFF 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Katanya, mimpi ngeri ketika tewas 1-0 kepada Malaysia pada final Sukan SEA 2009 di Laos cukup mengecewakan terutamanya selepas mereka berjaya menumbangkan Malaysia di peringkat kumpulan sebelum itu.

"Keadaan sekarang sama macam Sukan SEA di Laos dulu. Ketika itu kami adalah pasukan pilihan untuk memenangi pingat emas apatah lagi rekod di peringkat kumpulan memihak kami.

"Tapi bila memasuki perlawanan akhir, kami tewas tipis dan itu cukup mengecewakan. Senario sama nampaknya berlaku lagi di AFF kali ini, apabila kami berjaya menewaskan Malaysia dalam kumpulan sebelum ini.

"Jadi saya harap pada perlawanan akhir nanti, ia tidak berulang lagi dan kami mahukan kemenangan untuk menjulang piala ini," katanya pada sidang media pra-perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Skuad Naga Emas kini berada dalam prestasi terbaik untuk menamatkan kemarau kejuaraan selepas kali terakhir menjulangnya pada 2008.

Malah, berdasarkan rekod dalam dua pertemuan terakhir Piala AFF, Vietnam berjaya menundukkan Malaysia pada aksi peringkat kumpulan – menang 1-0 pada 2016 dan 2-0 pada edisi kali ini.

Namun, jika melihat kepada rekod pertemuan dalam aksi timbal balik, ia jelas menjadi milik Harimau Malaya apabila dua kali menyingkirkan Naga Emas di separuh akhir pada 2010 dan 2014.

"Saya sudah ingatkan pemain supaya tidak berlalu yakin walaupun perlawanan peringkat kumpulan memihak kepada kami.

"Saya pesan kepada mereka supaya ambil cerita pasukan Sukan SEA 2009 sebagai iktibar kerana aksi final ternyata berbeza sama sekali," katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Disember 2018 @ 8:00 PM

Biar kami 'low profile'


MyMetroArenaAziman Rosdi
aziman@nstp.com.my
 
PENYERANG kebangsaan, Zaquan Adha Radzak lebih suka Harimau Malaya berwatak ‘low profile’ pada kempen Piala AFF November depan biarpun mengakui pasukan yang dibentuk oleh jurulatih Tan Cheng Hoe awal tahun ini mampu melakukan kejutan.

Katanya, keputusan mengecewakan dua tahun lalu apabila tersingkir awal di Yangon seharusnya dijadikan pengajaran apatah lagi lawan mereka dalam saingan Kumpulan A kali ini hampir sama iaitu Vietnam, Myanmar dan Kemboja kecuali Laos.

“Saya tidak kisah dengan persepsi orang yang mengatakan kami bukan pasukan pilihan kali ini. Biar kami ‘low profile’, tapi pada masa sama kami buktikan pasukan ini lebih baik.

“Dalam kumpulan ini, Vietnam dan Myanmar adalah lawan paling sukar, tapi saya percaya Kemboja dan Laos tidak akan memberi laluan mudah. Dua tahun lalu kami gagal ke separuh akhir, jadi pengalaman itu harus dijadikan pengajaran buat semua pemain,” kata Zaquan yang kini mewakili Kuala Lumpur.[a1] 

Kempen Malaysia, juara 2010, akan bermula dengan menentang Kemboja di Phnom Penh pada 8 November, sebelum melayan kunjungan Laos di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 12 November, bertemu Vietnam di Hanoi (16 November) dan Myanmar di Bukit Jalil (24 November).

Manakala saingan Kumpulan B pula membabitkan juara bertahan Thailand, naib juara Indonesia, Filipina, Singapura dan pemenang pusingan kelayakan, Brunei atau Timor Leste.

Zaquan yang dilantik sebagai kapten dan meledak empat gol ketika menamatkan kemarau 12 perlawanan tanpa kemenangan Harimau Malaya dengan membelasah Bhutan 7-0 pada aksi persahabatan di Bukit Jalil, 1 April lalu percaya, semangat pemain skuad itu boleh dijadikan senjata terbaik untuk memburu tempat ke final Piala AFF.

“Ramai yang cakap ia perlawanan mudah menentang Bhutan, tapi kami hanya berlatih beberapa hari saja sebelum perlawanan itu. Pemain ketika itu beraksi dengan semangat juang tinggi.

“Pemain juga cepat menyesuaikan diri dan tak mustahil untuk kami ke final jika membuat persiapan lebih baik. Tapi tak tahulah, mungkin selepas ini pemain lain akan dibawa, mungkin ada kapten baru tapi ia tak ada masalah, kerana apa yang penting, semua pemain perlu ada semangat untuk menyarung jersi negara,” katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mei 2018 @ 6:46 PM



Harimau Malaya tidak boleh sia-siakan peluang

10 Disember 2018 9:10 AM
 ZAQUAN
 ZAQUAN
KAPTEN skuad Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd. Radzak optimis pasukannya tidak akan lagi mensia-siakan peluang keemasan ketika melayan kunjungan Vietnam pada dalam aksi final pertama Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam esok.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe umpama ‘mati akal’ apabila seri tanpa jaringan ketika menentang Thailand pada aksi separuh akhir pertama di ge­langgang keramat negara itu awal bulan ini.


Namun, nasib menyebelahi skuad Harimau Malaya me­langkah ke pentas final buat kali keempat dengan kelebihan gol tempat lawan selepas mengikat juara bertahan itu 2-2 di Stadium Rajamangala, Bangkok minggu lalu.

Susulan itu, Zaquan berharap barisan pemain memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diperoleh terutama de­ngan sokongan padu 80,000 penyokong sendiri di stadium terbesar negara nanti.

“Saya akui bermain di laman sendiri memberi kelebihan untuk mana-mana pasukan tetapi jika pasukan gagal menjaringkan gol, ia tetap tidak memberi sebarang bekalan baik buat skuad negara.

“Namun, keputusan tersebut akan dianggap sebagai positif andai skuad negara mampu menyekat pasukan lawan daripada menjaringkan sebarang gol.

“Saya anggap pengalaman separuh akhir menentang Thailand sebelum ini dapat diulangi dengan situasi berbeza iaitu dengan bekalan gol,” katanya yang sudah meledak tiga gol pada kejohanan ini.

Ini merupakan kali pertama pemain berusia 31 tahun itu ber­aksi di pentas final Piala AFF Suzuki selepas tiga penampilan mewakili negara pada edisi 2008 dan 2016.
SUMBER-KOSMO ONLINE 10 Disember 2018 9:10 AM

Sabtu, 8 Disember 2018

Aidil Zafuan, Safawi Rashid, dan Syazwan Andik dijangka tidak

Aidil Zafuan, Safawi Rashid, dan Syazwan Andik dijangka tidak
Aidil Zafuan, Safawi Rashid, dan Syazwan Andik dijangka tidak dapat bermain pada perlawanan akhir Piala AFF menentang Vietnam, di Stadium Nasional Bukit Jalil, minggu hadapan selepas mengalami kecederaan.
07 Disember 2018 7:21 PM

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Penyerang Harimau Malaya, Safawi Rashid menyertai dua lagi rakan sepasukannya untuk menjalani sesi pemulihan selepas mengalami sakit di bahagian belakang akibat dirempuh pemain Thailand ketika beraksi dalam separuh akhir kedua Piala AFF, Rabu lalu.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata akibat daripada rempuhan tersebut, tahap kecergasan Safawi perlu dipantau begitu juga dengan dua lagi rakannya.

"Aidil Zafuan (Abd. Razak) masih belum cergas 100 peratus begitu juga dengan Syazwan Andik dan terbaharu Safawi mengalami sakit belakang badang selepas dirempuh oleh pemain Thailand Nombor 11 (Mongkol Thosakrai)," katanya. - UTUSAN ONLINE
SUMBERArtikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/aidil-syazwan-safawi-alami-kecederaan-1.800993#ixzz5Z6VOaWFJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jumaat, 7 Disember 2018

'Nak pegang dan julang!'


MyMetroArena
Syafiq Aznan
syafiq.aznan@nstp.com.my
 
KUALA LUMPUR: Pertahanan tengah negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak mengharungi karier penuh gemilang bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) namun jauh di sudut hatinya, 'kereta kebal negara' itu masih mendambakan satu-satunya trofi yang belum pernah dikucupnya.

Justeru, kemaraan skuad Harimau Malaya ke pentas akhir Piala AFF 2018 bertemu Vietnam bakal dimanfaatkan sepenuhnya pemain berusia 31 tahun itu bagi merangkul gelaran 'Raja Asia Tenggara' sekali gus membantu melengkapkan kabinet trofinya.

"Ini final pertama bagi saya jadi sudah tentu saya tidak boleh mensia-siakannya. Pada usia 31 tahun, saya sendiri pun tidak tahu sama ada akan terus diberi peluang beraksi dalam skuad kebangsaan bagi kejohanan edisi yang seterusnya dua tahun lagi.

"Ini satu-satunya trofi yang belum pernah saya menangi jadi semestinya saya begitu mahukan ia dapat dibawa pulang ke Malaysia," katanya.

Pertahanan tengah itu memperaga aksi mantap apabila berjaya membentuk gandingan ampuh bersama Shahrul Saad yang menyaksikan skuad negara hanya dibolosi lima gol sepanjang kempen kali ini.

Justeru, jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe sudah pasti mengharapkan kelibatnya pada pentas akhir pertama, Selasa ini selepas dia terpaksa diketepikan pada awal permainan separuh akhir kedua bertemu Thailand di Stadium Rajamangala, Sabtu ini susulan kecederaan.

"Setakat ini, saya tidak tahu lagi tahap kecederaan saya dan saya akan berjumpa doktor untuk menilai sama ada ia serius atau tidak. Jadi saya akan menjalani proses pemulihan supaya dapat pulih sepenuhnya.

"Saya tetap mengharapkan supaya kecederaan hamstring yang dialami tidak serius. Apapun, saya optimis tempoh masa yang ada cukup untuk saya pulih," katanya.

Lagi berita Piala AFF
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Disember 2018 @ 5:33 PM

Khamis, 6 Disember 2018

Siapa lagi kebal?


SUKAN»Bola
Khamis, 29 November 2018 | 5:07pm
 
PEMAIN sayap skuad bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid (kanan) dan pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abd Radzak (dua dari kanan) ketika menjalani latihan bersama pasukannya sempena perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018 di padang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). - Foto BERNAMA
Siapa lagi kebal?
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Ketika perhatian lebih terarah kepada persaingan antara dua peledak berbisa - Norshahrul Idlan Talaha dan Adisak Kraisorn - kekebalan benteng Malaysia dan Thailand juga bakal menjadi aspek yang menarik untuk disaksikan menjelang aksi separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Soalnya siapa yang bakal menjadi 'kereta kebal' buat Malaysia untuk merantai pergerakan Adisak dan siapa pula akan menjadi 'perisai' Thailand bagi menyekat kemaraan Norshahrul atau Mat Yo.

Melihat kepada prestasi semasa, tugas berat buat benteng Harimau Malaya kemungkinan bakal dipikul pemain terbaik aksi terakhir peringkat Kumpulan A berdepan Myanmar, Sabtu lalu iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak.

Pengalaman pemain berusia 31 tahun itu pasti menjadi sandaran utama buatnya mengawasi setiap pergerakan Adisak yang dianggap mesin gol paling berbahaya skuad Gajah Perang sepanjang Piala AFF kali ini.

Malah, jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mengakui pemain berusia 27 tahun yang sudah meledak lapan gol sepanjang kejohanan tidak boleh diberi ruang walaupun sedikit.

"Kita tahu pemain mereka terutama Adisak cukup berbahaya kerana walaupun dapat peluang sedikit saja, dia boleh menjaringkan gol," kata Cheng Hoe.

Justeru, Aidil dilihat perlu memainkan peranan penting bersama seorang lagi pemain pertahanan tengah negara, Shahrul Saad dalam membina benteng utuh bagi mengelak dibocori lawan.

Berdasarkan statistik selepas empat perlawanan, kekuatan benteng Harimau Malaya dan Gajah Perang tampak seimbang apabila masing-masing hanya melepaskan tiga gol.

Norshahrul yang juga penjaring terbanyak Harimau Malaya ketika ini juga bakal menerima nasib sama seperti Adisak apabila pemain Pahang itu bakal menjadi sasaran untuk dirantai pertahanan Thailand.

Mat Yo mungkin berdepan kawalan ketat daripada pemain berpengalaman yang juga kapten skuad Gajah Perang, Chalermpong Kerdkaew.

Bagaimanapun,Chalermpong berdepan sedikit masalah apabila segala rahsia kekuatan dan kelemahan pemain berusia 32 tahun itu mungkin sudah dihidu seorang lagi penyerang negara yang juga rakan sepasukannya di Nakhon Ratchasima FC, Shahrel Fikri Fauzi.

Biarpun tidak boleh dijadikan sandaran sepenuhnya, tapi rahsia Chalermpong yang mungkin sudah didedahkan Shahrel sedikit sebanyak menjadi 'senjata' buat jentera serangan negara melepasi benteng Gajah Perang.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Khamis, 29 November 2018 | 5:07pm

Aidil harap bertemu Vietnam


 SUKAN»Bola
Khamis, 6 Disember 2018 | 8:38pm
 
Aidil harap bertemu Vietnam
Oleh Farah Azharie
farahazharie@nstp.com.my
SEPANG: Pertahanan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd Radzak berharap aksi final Piala AFF 2018 mempertemukan Malayia dengan Vietnam kerana dia mahu melunas dendam ketika tewas 0-2 di peringkat Kumpulan tempoh hari.

Aidil, 31, mengakui Harimau Malaya kini semakin bersemangat untuk menebus dendam kekalahan itu.

“Saya tak kisah pasukan mana yang kita bakal hadapi di final nanti, tetapi saya mahu bertemu Vietnam, kerana kita tewas di peringkat kumpulan dan saya mahu balas dendam.”

Namun pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui tidak pasti sama ada dia akan diturunkan menentang lawan pada aksi pertama final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

“Saya cedera di paha pada awal permainan semalam dan harap ia tidak serius, apapun saya akan berbincang dengan doktor untuk bermain dalam final.

“Saya belum terlepas sebarang aksi dan malam tadi pertama kali saya terlepas peluang bermain dan saya harap ia tidak serius,” katanya.

Aidil yang cedera seawal minit ke-18 semalam terpaksa digantikan dengan Irfan Zakaria namun mengakui terpaksa bertahan selama itu kerana begitu bersemangat untuk membalas hinaan penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom ketika sidang media pra perlawanan sehari sebelumnya.

“Sebenarnya, semangat kami semarak kerana sebelum itu kami rasa terbakar dengan kenyataan Chatchai dan sebab itulah kami bangkit.”

“Kami  memenangi perlawanan itu dan merasai perasaan gembira, hanya kami serta rakan-rakan dan jurulatih akan memahami perasaan sebenar memenangi perlawanan itu,” katanya.

Sementara itu, kembar Aidil, Zaquan Adha Abd Radzak selaku kapten meminta penyokong Harimau Malaya sekali lagi memberikan sokongan padu di Bukit Jalil Selasa ini.

“Saya harap kami akan memberikan kemenangan sekali lagi jika penyokong semua memberikan sokongan padu yang akan membakar semangat kami untuk melawan,” katanya.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Khamis, 6 Disember 2018 | 8:38pm