MyMetroArena

Daripada Syazwan Msar di Hanoi
mohdsyazwan@hmetro.com.my
KEPULANGAN pertahanan
berpengalaman negara Aidil Zafuan Radzak ke pangkuan Harimau Malaya sudah cukup
membuktikan khidmatnya masih lagi diperlukan walaupun ada yang menganggap dia
sudah berusia.
Aidil yang juga pertahanan tengah
Johor Darul Ta’zim akan kembali mengemudi benteng pertahanan negara pada aksi
pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional
My Dinh, malam ini.
Usianya sudah menjangkau 32
tahun, namun pemain itu sebenarnya mempunyai kemampuan membaca pergerakan pemain
lawan dan menyebabkan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memanggilnya
bagi mengukuhkan benteng.
Menurutnya, peluang yang
diberikan Cheng Hoe untuk terus berbakti kepada negara satu pengiktirafan
tertinggi apabila melihat khidmatnya masih diperlukan.
AIDIL (kanan) berlatih dengan
rakan sepasukan menjelang aksi di Hanoi, malam ini. — FOTO Mohd Yusni Ariffin
“Memang kecewa apabila tidak
dapat bersama rakan sepasukan tapi sebagai pemain anda kena terima perkara itu
dengan positif dan perlu bekerja keras untuk meraih kembali tempat dalam skuad
utama.
“Perasaan apabila tengok rakan
sepasukan beraksi menentang Indonesia dan UAE sebelum ini membuatkan saya
teruja untuk kembali dan terima kasih kepada jurulatih yang memberi peluang
kepada saya,” katanya.
Selain itu, Aidil berkata,
pengalaman menentang skuad Naga Emas sebelum ini akan digunakan sebaik mungkin
bagi menghalang niat mereka meraih tiga mata.
Sumber-Artikel ini disiarkan pada
: Khamis, 10 Oktober 2019 @ 12:43 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan