MyMetroArena

Rizar Mohd Noor
sukanteam@nstp.com.my
PEMAIN pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan
Abd Radzak tidak menganggap pertembungan Selangor adalah aksi separuh akhir
sebaliknya ia merupakan ‘final' yang harus diharungi dalam perlawanan di
Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, Sabtu ini.
Bagi pemain pertahanan kebangsaaan itu, setiap perlawanan
yang diharungi adalah aksi final kerana ia akan memberi lebih motivasi kepada
dirinya dan rakan sepasukan untuk memperaga permainan yang lebih mantap.
Katanya, selepas menewaskan Terengganu 5-1 secara agregat
pada aksi suku akhir dan layak ke separuh akhir piala berprestij, laluan skuad
Harimau Selatan tetap berliku memandang saingan Piala Malaysia berbeza
berbandin saingan Liga Super.
"Alhamdullilah, kita dah melayakkan diri ke
peringkat seterusnya tapi saya tidak menganggap ia perlawanan separuh akhir,
sebaliknya setiap aksi yang kami harungi adalah final.
"Ia perlawanan `final' dan semestinya kami mahu beri
yang terbaik tatkala beraksi di laman sendiri kerana mahu cari bekalan yang
selesa untuk di bawa ke Shah Alam pada aksi kedua nanti.
"Kita akan menentang Selangor yang merupakan sebuah
pasukan berpengalaman dalam kancah Piala Malaysia. Bagaimanapun keutamaan
adalah kepada diri saya dan pasukan untuk membuat persiapan yang cukup rapi.
Apapun, Aidil Zafuan menyerahkan kepada perancangan
taktikal yang akan dibentuk Luciano Figueroa dan Benjamin Mora sama ada
diturunkan dalam kesebelasan utama untuk berdepan skuad The Red Giants dan
memahami kehendak mereka ketika beraksi di padang.
Katanya, persiapan tampak berjalan lancar dan sokongan
padu daripada pemain ke-12 amat penting bagi menyeamarakkan lagi perjuangan
skuad Harimau Selatan mengharungi 90 minit perlawanan nanti.
"Kita akan beri persembahan terbaik dan lebih
penting cuba mengelak daripada melakukan kesilapan mudah kerana Selangor bijak
untuk mengambil kesempatan jika buat silap," kata Aidil.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Oktober
2019 @ 3:45 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan