MyMetroArena

BERNAMA
KEMENANGAN besar 6-0 ke atas Sri
Lanka pada aksi persahabatan antarabangsa, semalam membantu meningkatkan
keyakinan dan mental pemain tetapi tidak menjadi pengukur untuk bertemu
Vietnam.
Tonggak pertahanan skuad Harimau
Malaya, Aidil Zafuan Abd Radzak mengingatkan rakan sepasukannya bahawa
kemampuan Vietnam yang menduduki ranking ke-99 itu jauh lebih baik berbanding
Sri Lanka.
Pemain berusia 32 tahun itu
bagaimanapun berjanji untuk mengawal benteng pertahanan negara sebaik mungkin
bagi mengelak dibolosi ketika aksi Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala
Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium My Dinh, Hanoi pada Khamis ini.
“Misi kita dah set mental
rakan-rakan yang kita tak mahu kalah lagi, kerana kita dah cukup dengan
kekalahan sebelum ini.
Bukan senang untuk berlawan di
gelanggang mereka, fokus kita adalah untuk cuba cari gol seawal mungkin.
“Sebagai pemain pertahanan, saya
akan cuba bertahan dengan sebaik yang mungkin. Vietnam ada pemain yang memang
bagus, jadi saya sebagai pemain pertahanan, saya fokus supaya tidak dibolosi
dan tidak beri peluang kepada mereka jaringkan gol,” katanya hari ini.
Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT)
itu memuji rakan sepasukannya yang telah beraksi dengan baik, dengan
peningkatan di jentera serangan, berbanding ketika bertemu Vietnam pada
Kejohanan Piala AFF tahun lalu.
“Kita lebih laju dan banyak
simpan bola, tak tergopoh-gopoh untuk hilang bola. Itu antara peningkatan yang
saya lihat,” katanya.
Ketua jurulatih kebangsaan, Tan
Cheng Hoe yang sebelum ini bimbang dengan jentera pertahanan negara yang bolos
sebanyak lima kali dalam tiga aksi sebelum bertemu Sri Lanka, yakin Aidil boleh
memberi tunjuk ajar kepada pemain muda.
“Dengan adanya pemain
berpengalaman seperti Aidil, beliau boleh memberi tunjuk ajar kepada pemain
muda.
Fokus kita pada perlawanan malam
tadi adalah menyerang pada masa yang sama bertahan dengan baik,” katanya.
Gawang negara dibolosi lima kali
dalam tiga perlawanan sebelum ini iaitu apabila tewas tipis 0-1 kepada Jordan,
kemenangan 3-2 ke atas Indonesia dan kekalahan tipis 1-2 menentang UAE itu.
Sumber-Artikel ini disiarkan pada
: Ahad, 6 Oktober 2019 @ 8:17 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan