Main ibarat aksi final
MyMetroArena
Oleh Rizar Mohd Noor
sukanteam@nstp.com.my
Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan
Abd Radzak menganggap pertembungan menentang Selangor di Stadium Tan Sri Hassan
Yunus, Larkin, malam esok sebagai final Piala Malaysia dan bukannya separuh
akhir.
Bagi Aidil, setiap perlawanan yang diharungi dianggap
final kerana ia akan memberi lebih motivasi kepada dirinya dan rakan sepasukan
untuk memperaga permainan lebih mantap.
Katanya, selepas menewaskan Terengganu 5-1 secara agregat
pada aksi suku akhir, laluan skuad Harimau Selatan tetap berliku memandang
saingan Piala Malaysia berbeza berbanding Liga Super.
“Alhamdulillah, kami layak ke peringkat seterusnya tapi
saya tidak menganggap ia perlawanan separuh akhir, sebaliknya setiap aksi yang
kami harungi adalah final. Semestinya kami mahu beri yang terbaik apatah lagi
ia berlangsung di laman sendiri kerana kami perlu cari bekalan selesa untuk di
bawa ke Shah Alam.
“Kami akan menentang Selangor yang juga pasukan
berpengalaman dalam kancah Piala Malaysia. Bagaimanapun keutamaan saya dan
pasukan ialah untuk membuat persiapan rapi,” katanya.
Aidil bakal akur dengan taktikal yang dibentuk Luciano
Figueroa dan Benjamin Mora untuk berdepan Red Giants, esok.
Katanya, persiapan berjalan lancar dan sokongan padu
penyokong amat penting bagi meningkatkan semangat Harimau Selatan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober
2019 @ 6:30 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan