MyMetroUtama
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

Jika tahu diri ada kekurangan,
lebih baik jangan sarung jersi kebangsaan. Itu saranan bekas pemain negara,
Khalid Ali terhadap segelintir individu yang gagal memberikan komitmen tinggi
ketika mewakili Harimau Malaya.
Malah, Khalid juga mencadangkan
supaya pemain yang memberi alasan kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL)
sebagai punca sering jatuh atau tidak beraksi cemerlang, tidak lagi menyarung
jersi kebangsaan kerana tidak cergas sepenuhnya.
Beliau berkata, setiap pemain
perlu memberikan persembahan terbaik dan jika mengalami masalah atau kecederaan
yang boleh menjejaskan taktikal pasukan, mereka sepatutnya ‘berundur’ daripada
mewakili negara.
“Sebagai pemain, mereka
sepatutnya tidak memberikan alasan jika gagal memberikan persembahan terbaik
ketika mewakili skuad kebangsaan kerana ia membabitkan maruah.
“Jika tahu diri cedera atau ada
kekurangan yang boleh menjejaskan corak permainan adalah lebih baik tidak turun
mewakili negara,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.
Semalam, ketua pasukan
kebangsaan, Zaquan Adha Abd Radzak yang menerima kecaman daripada peminat bola
sepak tempatan yang melabelnya lembik ketika beraksi, akhirnya membuka mulut
dengan mendedahkan punca mengapa dia kadang-kala mudah jatuh apabila diasak
pertahanan lawan.
Menerusi luahan hati yang dibuat
di laman Instagram miliknya, Zaquan menjelaskan bahawa sebenarnya dia mengalami
kecacatan kekal ekoran kecederaan ACL yang kakinya terpaksa dibedah sebanyak
empat kali.
Katanya, susulan daripada kesan
pembedahan itu, keseimbangan badannya kadang-kala tidak stabil sekali gus mudah
jatuh ketika beraksi.
sumberArtikel ini disiarkan pada
: Ahad, 21 April 2019 @ 7:01 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan