PERTAHANAN JDT, Adil Zafuan Abdul
Razak mengeluarkan bola dari kawasan bahaya ketika menentang Shandong Luneng FC
dalam aksi Liga Juara-Juara Asia di Stadium Olimpik Jinan, semalam. - Gambar
JOHOR SOUTHERN TIGERS
MOHAMMAD ROZAIDI ZULKIFLI
sukan.utusan@gmail.com
10 April 2019 3:00 AM
KUALA LUMPUR 9 April - Hasrat
Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mencipta kemenangan sulung dalam saingan Liga
Juara-Juara Asia (ACL) tertangguh lagi apabila tewas 1-2 kepada Shandong Luneng
FC di Stadium Olimpik Jinan, hari ini.
Meskipun tewas, aksi Harimau Selatan
harus dipuji apabila memberi tentangan sengit sebelum tunduk kepada gergasi
Liga Super China itu.
Sebaik sahaja sepak mula, kubu
JDT terus diasak bertali arus oleh barisan serangan Shandong sehingga memaksa
barisan pertahanan diketuai Mauricio Nascimento bekerja keras.
Usaha tuan rumah untuk mencari
gol pendahuluan akhirnya berjaya menerusi tandukan bekas pemain Manchester
United, Maroune Fellaini pada minit ke-30 yang menanduk bola hasil sepakan
penjuru kapten pasukannya, Hao Junmin untuk meletakkan tuan rumah mendahului
1-0.
Tujuh minit selepas itu, giliran
bekas penyerang Southampton, Graziano Pelle menggandakan jaringan selepas
menyempurnakan sepakan penalti selepas dia dijatuhkan pertahanan JDT, Aidil
Zafuan Abdul Radzak untuk menewaskan penjaga gol Harimau Selatan, Farizal
Marlias buat kali kedua.
Keghairahan tuan rumah melakukan
serangan, dihukum pemain sayap JDT, Safawi Rasid dengan sepakan lencong menarik
dari luar kotak penalti bola menuju ke penjuru gol kanan gawang yang dikawal
penjaga gol Shandong, Wang Dalei untuk jaringan pertama peribadinya di pentas
berprestij Asia itu pada minit ke-60.
JDT hampir membawa pulang satu
mata berharga namun sepakan bola mati pemain tengah lincah dari Argentina,
Gonzalo Cabrera sekadar menggegar palang tuan rumah pada minit terakhir
permainan.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/belum-rasai-nikmat-kemenangan-1.879562#ixzz5kfmDkXOy
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan