Rabu, 24 April 2019 | 11:11pm
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim
(JDT) terkeluar daripada saingan memburu
slot ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas tewas 0-1
kepada Shandong Luneng FC (Shandong Luneng) di laman sendiri, sebentar tadi.
Pertemuan kali kedua Harimau
Selatan dengan pasukan dari China itu menyaksikan jaringan pertama mudah
disempurnakan pemain Shandong Luneng, Graziano Pelle pada minit ke-21.
Kedua-dua pasukan bermula agak
garang dengan saling berbalas percubaan, namun selepas Shandong Luneng
menjaringkan gol pertama, rentak permainan JDT tampak semakin lemah.
JDT turun tanpa kelibat tonggak
pertahanan, Mauricio Nascimento yang mengalami kecederaan, malah tidak
menyenaraikan Gonzalo Cabrera dalam kesebelasan utama dan hanya mempertaruhkan
Diogo Luis Santo selaku pemain import tunggal pada separuh masa pertama.
Pada babak kedua, JDT terpaksa
bermain bermatian-matian sebelum menggunakan tiga pemain simpanan, Cabrera,
Safawi Rasid dan Hazwan Bakri.
Bagaimanapun, percubaan demi
percubaan kedua-dua pasukan tidak berjaya menghasilkan gol tambahan.
Kemenangan berkenaan meletakkan
Shandong Luneng sebagai pendahulu Kumpulan E dengan lapan mata
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu,
24 April 2019 | 11:11pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan