Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my

GOL sumbangan Renan Alves dan
Zaquan Adha Radzak pada setiap babak membantu bekas juara Kedah menundukkan PJ
City 2-0 sekali gus layak ke suku akhir Piala FA di Stadium Darul Aman, Alor
Setar, malam ini.
Kuisan Renan susulan sepakan
sudut Baddrol Bakhtiar seawal minit kedua mengelirukan penjaga gol Muhaimin
Mohamad sekali gus menggamatkan penonton tuan rumah.
Helang Merah sekali lagi
mencemaskan pintu gol PJ City melalui pemain tengah Jonatan Bauman pada minit
ke-25 selepas menerima hantaran silang Azmeer Yusof namun tampanannya melepasi
palang gol.
Selepas hanya mendahului 1-0
ketika rehat, Kedah bangkit mencari gol yang mampu meletakkan mereka dalam
keadaan selesa.
Kerja keras mereka berbaloi dan
penyerang kebangsaan Zaquan menjaringkan gol secara solo pada minit ke-58 bagi
mengukuhkan kedudukan serta memastikan kemenangan.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Selasa, 16 April 2019 @ 11:27 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan