ARKIB : 24/05/2011
Pertahanan Negeri Sembilan, Mohd. Aidil Zafuan Abd.
Razak (kiri) mengasak penyerang Terengganu, Mohd. Ashaari Samsuddin dalam aksi
Liga Super di Kuala Terengganu, kelmarin. Terengganu menang 3-0. UTUSAN/AZLAN
BAHRUM
KUALA TERENGGANU Skuad Penyu perlu melupakan
seketika Piala FA dengan memberi tumpuan bagi mengharungi baki empat perlawanan
liga Super yang dianggap getir.
Pengurus Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh
mengingatkan anak-anak buahnya tidak boleh tersalah langkah dan tersilap catur
dalam persaingan sengit ketika semakin hampir melangkah ke atas teratas.
"Masih terlalu awal untuk bercakap mengenai
final Piala FA menentang Kelantan 11 Jun buat masa ini, kita tumpuan baki
perlawanan liga Super" katanya.
Terengganu kini di tangga kedua liga dan hanya
dipisahkan dengan kelebihan jaringan berbanding pendahulu, Kelantan selepas
mempamerkan aksi cemerlang menewaskan Negeri Sembilan 3-0 di laman sendiri,
kelmarin.
Menurut Che Mat, beliau berpuas hati dengan aksi
para pemainnya yang mendengar arahan dan berjaya mendominasi perlawanan sejak
dari awal permainan hingga wisel penamat ditiupkan.
"Masalah keletihan dan kecederaan nyata tidak
menghalang pemain kita daripada mempamerkan aksi terbaik malam ini (kelmarin).
"Walaupun pemain mensia-siakan banyak peluang
untuk menjaringkan gol tapi Alhamdulillah, keputusan 3-0 ini sudah
mencukupi," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz5eL2LaLQL
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan