ARKIB :
11/02/2011
KUALA LUMPUR
Bekas ketua pasukan negara, Mohd. Aidil Zafuan mengakui terdapat sedikit
perbezaan dalam corak permainan rakan-rakan sepasukannya selepas membuat
penampilan pertama bersama skuad kebangsaan dalam tempoh lima bulan.
Menurut Aidil,
dia dapat berasakan terdapat peningkatan ketara terutama dari segi hantaran dan
kepantasan melakukan serangan dengan persefahaman yang semakin baik di kalangan
pemain.
Selepas
beraksi malam ini, saya dapati saya perlu meningkatkan lagi tahap permainan
bagi menyamai standard rakan-rakan yang lain.
Saya dapati
cara permainan mereka sudah berbeza dan saya memerlukan masa dalam dua ke tiga
perlawanan bagi mendapat rentak sebenar bersama rakan-rakan, katanya yang
ditemui selepas perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Hong Kong,
kelmarin.
Aidil yang
mengalami kecederaan ligamen silangan depan (ACL) semasa perlawanan akhir Piala
Malaysia terpaksa melupakan panjang kejohanan Sukan Asia Guangzhou dan Piala
Suzuki AFF.
Ketiadaannya
bagaimanapun berjaya digalas pemain muda, Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Fadhli
Shas yang beraksi baik dalam kedua-dua kejohanan tersebut.
Menyentuh
persembahannya kelmarin, Aidil berpuas hati kerana berjaya meraih kepercayaan
jurulatih, K. Rajagobal bagi merebut kembali kesebelasan utama.
Terus terang,
saya tidak menyangka akan diberi kepercayaan untuk beraksi dan gembira kerana
boleh beraksi dengan baik bersama Mohd. Fadhli Shas.
Saya dapat
rasa yang kami berdua ada keserasian untuk beraksi bersama di bahagian
pertahanan dan ia bagus untuk kami dalam menghadapi perlawanan antarabangsa
seterusnya, ujarnya.
Ditanya
mengenai perebutan tempat di bahagian pertahanan yang semakin sengit ditambah
dengan kehadiran Muslim dan Mohd. Faizal Muhammad, Aidil mengakui ia satu
perkara yang baik dan dia langsung tidak merasai sebarang tekanan untuk beraksi
cemerlang dalam setiap perlawanan.
Bagi saya ini
satu aspek positif mengenai skuad kali ini, ia menandakan semakin ramai pemain
berkualiti yang menyarung jersi negara, jelasnya.
sumberArtikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz5dWLNDsbt
© Utusan
Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan