Jumaat, 11
November 2016 | 10:13pm
Zaquan
selamatkan Kim Swee
Oleh Syafiq
Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my

Pemain Harimau
Malaysia, Shahrul Saad (kiri) mengasak pemain Malaysia bawah 22, Syafiq Ahmad
ketika perlawanan persahabatan di Wisma FAM Kelana Jaya bagi persiapan untuk
kejohanan bola sepak AFF Piala Suzuki 2016 di Myanmar. - Foto Osman Adnan
KELANA JAYA:
Skuad kebangsaan terpaksa berhempas pulas sebelum meraih kemenangan tipis 4-3
ke atas Skuad Bawah 22 tahun negara (B22) 4-3 pada aksi persahabatan di Wisma
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), petang tadi.
Kemenangan
yang dilakar skuad senior ke atas pasukan bimbingan Frank Bernhardt itu
pastinya memberi suntikan moral kepada anak buah Datuk Ong Kim Swee menjelang
pertemuan menentang Papua New Guinea di Stadium Shah Alam, Isnin ini.
Namun mereka
membayar harga yang mahal atas kemenangan itu selepas kehilangan khidmat bek
kiri, Ahmad Khuzaimi Piee yang terpaksa diusung keluar di pertengahan babak
pertama.
Skuad
kebangsaan ketinggalan seawal minit kelapan selepas Adam Nor Azlin menjaringkan
gol pembukaan menerusi sepakan percuma sebelum Amri Yahyah mengikat kedudukan
dengan penyudah kemas pada minit ke-23.
Bagaimanapun,
penyerang muda Kedah, Syafiq Ahmad kembali meletakkan skuad B22 mendahului
permainan apabila menanduk masuk gol kedua enam minit berselang.
Skuad senior
akhirnya bangkit di penghujung babak pertama yang menyaksikan pertahanan
tengah, Shahrom Kalam meledak gol penyamaan sebelum rembatan voli Syazwan
Zainon membolehkan skuad senior mendahului 3-2 selepas 45 minit perlawanan
berlangsung.
Babak kedua
menyaksikan gerakan menarik daripada sebelah sayap kanan B22 membolehkan Jafri
Firdaus Chew menyamakan kedudukan 3-3 ketika perlawanan berbaki 12 minit.
Penyerang
Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Zaquan Adha nyata menjadi pemusnah selepas
sentuhannya pada minit ke-85 menghadiahkan gol keempat buat skuad senior sekali
gus membolehkan mereka meraih kemenangan 4-3.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan