MyMetroUtama

Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my
PERLAWANAN
bola sepak Malaysia menentang Thailand semalam dipenuhi aksi warna warni
apabila tindakan kapten pasukan Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak
melakukan 'rolling tackle' menjadi tular di seluruh dunia.
Pada
perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 itu,
Malaysia berjaya menewaskan Thailand, 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Perkongsian
video dimuat naik Troll Football Media meraih 1.3 juta tontonan setakat 8 malam
hari ini.
Kebanyakan
peminat pasukan kebangsaan memuji kesungguhan kapten Malaysia itu demi merebut
peluang mendapatkan bola.
Pelbagai komen
mencuit hati membanjiri laman Twitter itu antaranya @OmgjaiYALLL meminta aksi
itu tidak disebar bimbang Aidil Zafuan dibeli pasukan Liga Perdana Inggeris,
Manchester United (MU).
“"Jangan
sebar sangat takut nanti MU beli harga tak masuk akal," tulisnya.
Bagi
@aiman_hakimmm dia terkejut kerana pengendali laman Twitter itu melihat
perlawanan pasukan Malaysia.
“Serious la
@TrollFootball pun tengok Malaysia main. Terbaik," tulisnya.
Selain itu,
bagi @Abammidi memuji aksi Aidil yang dianggap bukan calang-calang pemain boleh
lakukan.
“Aku macam tak
percaya aksi kapten Malaysia masuk @Troll_Football, bukan calang-calang atau
aksi cap ayam boleh masuk sini walaupun hanya troll perkara bola sepak. Syabas
Malaysia kerana berjaya menewaskan Thailand," tulisnya.
Malah,
pendapat sama turut dikongsi oleh @deneiii yang bangga dengan aksi dilakukan
pemain Malaysia itu.
"Ini yang
sayang Malaysia," tulisnya.
Di Facebook,
beberapa 'page' seperti Troll Football Media, Football Siao, Terengganu 11 dan
Johor DT turut memuat naik video sama dengan pelbagai komen ditinggalkan
netizen.
Muhammad Haziq
@yourexfattyman
Style nak
mateyyyyy gaisss skill ni ha#HarimauMalaya
20K
10:49 PM - Nov
14, 2019
Twitter Ads
info and privacy
23.7K people
are talking about this
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 8:55 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan