amir.azam@kosmo.com.my
AIDIL ZAFUAN (kiri) meraikan
jaringannya bersama rakan sepasukan.
KEMENANGAN 2-0 Negeri Sembilan
Naza (NS Naza) ke atas Perlis pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul
Rahman, Paroi malam kelmarin masih belum cukup menggembirakan pengendali skuad
Hobin Jang Hobin.
Pengendali NS Naza, Wan Jamak Wan
Hassan berkata, walaupun skuadnya bangkit daripada kekalahan menentang Kedah
tempoh hari, masih banyak yang perlu dibaiki terutama di bahagian serangan.
“Saya menganggap pasukan ini
masih lagi mentah dan perlu diberi lebih banyak pendedahan. Namun, saya
berbangga kerana menunjukkan satu persembahan yang baik.
“Apa yang saya nyatakan kepada
mereka, usah gentar berhadapan lawan, nampaknya berbaloi,” katanya malam
kelmarin.
Pada aksi kelmarin, NS Naza
berjaya menumpaskan Perlis melalui jaringan Mohd. Aidil Zafuan pada minit ke-18
dan S. Kunalan (73).
Dengan kemenangan itu, NS Naza
kini menduduki tangga kedua selepas mengumpul 19 mata berbanding pendahulu,
Kedah dengan 22 mata.
Wan Jamak turut memuji aksi
yang dipersembahkan penyerang import, Lamin Conteh yang berjaya
mengkucar-kacirkan benteng lawan sehingga membuka ruang NS Naza merobek gawang
lawan.
“Saya yakin, Negeri Sembilan
Naza akan memberikan saingan yang lebih baik pada aksi seterusnya.
“Namun, pemain-pemain jangan
alpa dengan kemenangan ini kerana kesilapan yang dilakukan dalam padang boleh
menjejaskan kedudukan dalam Liga Super, sekali gus menyebabkan skuad Rusa ini
tersingkir pada saingan Piala Malaysia,” katanya.
Katanya, kemenangan itu
memberikan lebih banyak pengajaran kepada anak buahnya untuk terus mencatatkan
kemenangan.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4wLCazJK0
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan