Simpan Artikel
MyMetroArena

Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
SKUAD Kedah kini yang lengkap
dari segi pemain untuk mengharungi aksi perlawanan peringkat laluan ke saingan
Liga Juara-Juara Asia (ACL) bermula pada 21 Januari ini dan seterusnya Liga
Malaysia.
Pengurus skuad Lang Merah
Al-Naliq Hasmi Abu Hassan, perkembangan positif itu adalah hasil perancangan
dilakukan oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bermula daripada pengurusan
tertinggi hingga ke peringkat jurulatih bagi menghadapi musim 2020.
"Boleh dikatakan pasukan
kita sudah lengkap 100 peratus dengan semua pemain import sudah melaporkan diri
termasuk pemain tengah dan saya yakin pada musim ini kita akan dapat bergerak
dengan lebih baik.
"Kami bersyukur dapat
mempersiapkan pasukan dengan lebih awal untuk musim 2020 ini dan terima kasih
diucapkan kepada pengurusan tertinggi hingga jurulatih yang sedang bekerja
keras bagi memastikan persiapan pasukan berjalan dengan lancar sejak memulakan
latihan pada 2 Disember lalu," katanya.
Al-Naliq yakin persiapan Kedah
kendalian Aidil Sharin Sahak berjalan seperti dirancangkan selepas mengharungi
tiga perlawanan tempatan iaitu bertemu Tambun Tulang FC, Piala Presiden Perak
dan Kelantan sebelum bertolak ke Kemboja untuk pramusim di luar negara.
Dalam perlawanan siri Jelajah
Pramusim pertama Kedah di Kemboja semalam, Kedah menyenaraikan beberapa barisan
pemain campuran muda dan baharu menewaskan Visakha FC dengan keputusan 1-0
hasil jaringan Zaquan Adha m-51.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Rabu, 8 January 2020 @ 3:48 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan