Rabu, 22 Januari 2020 | 11:39am

PASUKAN Kedah menang dengan
jaringan 5-1 selepas menewaskan kelab dari Hong Kong, Wofoo Tai Po pada
kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Darul Aman. - Foto BERNAMA
Semangat Kedah membara selepas belasah
Tai Po
Oleh Muhammad Mustakim Ramli dan
Izzali Ismail
bhnews@bh.com.my
ALOR SETAR: Kemenangan 5-1 Kedah
ke atas Tai Po FC menyuntik semangat tambahan Helang Merah untuk berhadapan
kelab Korea Selatan, FC Seoul pada aksi playoff Liga Juara-Juara Asia (ACL) di
Korea Selatan, 28 Januari ini.
Pengendali skuad Helang Merah ,
Aidil Sharin Sahak berkata kesungguhan yang ditunjukkan setiap pemainnya pada
aksi kelayakan menentang Tai Po FC di Stadium Darul Aman semalam menjadi kunci
kejayaan buat pasukannya.
"Alhamdulillah, kita dapat
apa yang kita mahukan, ini perlawanan pertama walaupun bukannya satu lawan yang
mudah namun kita peroleh keputusan yang baik di hadapan penyokong kita yang
memenuhi Stadium Darul Aman."
“Segala perancangan yang kita
usahakan berjalan dengan lancar dan saya gembira dengan tahap kesungguhan dan
semangat yang telah ditunjukkan setiap pemain yang dirurunkan pada pada
perlawanan ini."
“Walaupun kita tidak dapat
menurunkan beberapa tonggak pada malam ini, namun apa yang direncanakan pada
pramusim dan percubaan kombinasi antara pemain membuahkan hasil." katanya.
Mengulas mengenai perlawanan
menentang kelab ternama K- League iaitu FC Seoul pada 28 Januari ini, Aidil
mengakui lawan dari Korea Selatan itu merupakan lawan yang sukar.
“Kita perlu terus fokus untuk
perlawanan berikutnya, FC Seoul merupakan pasukan yang kuat dan kita perlu
mengakui kekuatan mereka."
“Malah kita juga perlu berdepan
perjalanan yang jauh dengan cuaca yang sejuk serta mencabar di sana dan selepas
saya menyemak tadi suhu mencecah 2 darjah celsius."
"Kita akan terus bekerja
keras bagi mendapatkan keputusan yang terbaik kerana tiada jalan mudah untuk
aksi di ACL ini, jadi saya mahu pemain menikmati kemenangan ini dan kemudian
fokus semula untuk aksi di Korea nanti." katanya.
Sementara itu, penjaring hatrik
dan pemain terbaik perlawanan, Kipre Tchetche, berkata gol awal yang
dihasilkannya menjadi penyuntik semangat untuk Kedah melakar kemenangan.
“Kita melakukan persiapan lebih
sebulan bagi mendapatkan keserasian berikutan ramai pemain baru dalam pasukan
pada musim ini dan ternyata kita berjaya membentuk persefahaman dan memperoleh
kemenangan pada malam ini,” katanya.[1]
[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/01/648916/semangat-kedah-membara-selepas-belasah-tai-po
Tiada ulasan:
Catat Ulasan