ARKIB : 17/05/2007
Oleh AMRAN MULUP
Mohd. Zaquan Adha (kanan)
diasak oleh pemain Syria, Abdal Kader Dakka dalam saingan kelayakan Olimpik di
Stadium MBPJ, malam tadi. Malaysia seri 0-0.
PETALING JAYA Tidak ada
keajaiban dapat mengubah peluang yang sudah tertutup secara rasmi buat skuad
Olimpik Malaysia apabila sekadar seri 0-0 bertemu Syria dalam saingan Kumpulan
B bola sepak pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2008 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya
di sini, semalam.
Malah, kesebelasan utama skuad
bimbingan B. Sathiananthan yang turun mengharungi perlawanan kelima berdepan
Syria sekadar berjuang untuk menjulang maruah ketika peluang untuk ke peringkat
seterusnya sudah tertutup rapat apabila tewas 0-1 kepada Hong Kong di tempat
sendiri, sebelum ini.
Ini adalah keputusan seri
pertama buat skuad Olimpik negara selepas tewas dalam tiga perlawanan terdahulu
dan menang sekali.
Dalam perlawanan pertama
Februari lalu, kita tewas 1-3 kepada Syria di Damsyik, tewas 1-2 bertemu Jepun
dan tunduk 0-1 kepada Hong Kong iaitu kedua-dua perlawanan berlangsung di
Stadium MBPJ.
Hanya kemenangan sekali 1-0 ke
atas Hong Kong di tempat lawan dapat dibanggakan oleh anak didik Sathianathan
dan skuad muda negara akan menamatkan perlawanan terakhir peringkat kumpulan
untuk melengkapkan jadual apabila berdepan Jepun di tempat lawan 6 Jun ini.
Jepun yang menjadi pilihan
dalam Kumpulan B sudah diramal melangkah mudah ke peringkat seterusnya apabila
mengutip 15 mata maksimum selepas menewaskan Hong Kong 4-0 dalam perlawanan
satu lagi.
Asakan awal berpihak kepada
skuad Olimpik negara dengan percubaan deras Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak
sekadar mengenai pemain pertahanan Syria melihat bola bergolek keluar pada
minit ke-10.
Pada minit ke-29, Malaysia
hampir-hampir memecah kebuntuan jaringan gol tetapi kecekapan penjaga gol
Syria, Alial Holami menepis keluar sepakan kencang dari jarak 30 meter Mohd.
Aidil Zafuan. Abd. Razak.
Syria tampak bermain lebih
berhati-hati seolah-olah mengharapkan keputusan seri buat mengukuhkan kedudukan
mengiringi pendahulu Jepun untuk ke peringkat seterusnya.
Enam minit babak kedua
berlangsung skuad muda negara hampir-hampir mencipta jaringan pertama namun
sepakan dari luar kotak penalti Mohd. Daudsu Jamaluddin berjaya ditepis keluar
oleh Holami.
Pada minit ke-69, Syria
terpaksa bermain dengan 10 orang apabila pemainnya Mohd. Al Ebrahim diperintah
keluar padang selepas mengutip kad kuning kedua.
Keputusan seri semalam, tidak
menghalang Syria daripada mara ke pusingan seterusnya
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4u4amcrJm
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan