MyMetroArena
Aziman Rosdi
aziman@nstp.com.my

PENYERANG
Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd Radzak menganggap pemain yang dibawa oleh
jurulatih, Tan Cheng Hoe ke Taiwan hari ini tetap memiliki kekuatan tersendiri
meskipun tanpa beberapa tonggak.
Pemain berusia
31 tahun itu berkata, status pemain tidak penting sebaliknya jiwa Malaysia
perlu ada kepada semua pemain untuk menyarung jersi keramat Harimau Malaya.
"Saya
percaya setiap pemain ada kelebihan masing-masing, Safawi (Rasid) ada
kelebihannya, Syafiq (Ahmad) ada kelebihannya dan pemain yang ada bersama
pasukan sekarang juga ada kelebihan masing-masing.
"Saya
yakin dengan pemain yang ada, masing-masing ada kelebihan tersendiri, yang
penting keharmonian dalam pasukan dan jiwa untuk bermain demi negara itu lebih
penting untuk mencapai kemenangan," kata Zaquan.
Cheng Hoe
hanya membawa 22 pemain ke Taiwan kerana lima pemain iaitu penyerang muda
sensasi Safawi, Syafiq, Adam Nor Azlin, Rizal Ghazali dan Norshahrul Idlan
Talaha meminta pengecualian akibat masalah kecederaan, kepenatan dan urusan
keluarga.
Selain itu,
lapan pemain daripada skuad yang menewaskan Fiji 1-0 dalam aksi persahabatan
antarabangsa pada 5 Julai lalu di Cheras tidak disenaraikan kali ini.
Sudah pasti
ini memberi ruang kepada pemain baharu untuk membuktikan kemampuan untuk
merebut tempat memandangkan Cheng Hoe dijangka akan memanggil skuad sebenar ke
Piala AFF pada tiga aksi persahabatan terakhir menentang Sri Lanka, Republik
Kyrgyz dan Maldives bulan depan.
"Betul,
pemain perlu ambil serius. Dalam latihan pemain kena tunjukkan bakat untuk
beraksi di peringkat antarabangsa, jika diberi peluang tapi tak guna itu satu
kerugian kerana bermain dengan skuad kebangsaan akan beri impak dan tingkatkan
tahap kita.
"Insya-Allah,
saya harap dapat beraksi semula bersama pasukan kebangsaan, perlawanan
persahabatan ini penting untuk memperbaiki ranking kita sebelum ke Piala
AFF," kata Zaquan yang meledak empat gol ketika menewaskan Bhutan pada
aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, 1 April lalu.
Selepas
Taiwan, anak buah Cheng Hoe akan ke Phnom Penh bagi aksi persahabatan
antarabangsa dengan Kemboja, Isnin ini.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Rabu, 5 September 2018 @ 5:55 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan