SUKAN»Bola
Ahad, 25 November 2018 | 6:11pm

PERTAHANAN Harimau Malaya, Aidil
Zafuan Radzak. - Foto Asyraf Hamzah
Aidil tabik benteng Harimau
Malaya
Oleh Farah Azharie
farahazharie@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Pertahanan Harimau
Malaya, Aidil Zafuan Radzak menegaskan kemenangan penting 3-0 ke atas Myanmar,
malam tadi adalah disebabkan prestasi baik benteng pertahanan yang sebelum ini
dilabel sebagai punca kekalahan kepada Vietnam pada aksi terdahulu.
Mengerti ia kelemahan ketika
Malaysia tewas 0-2 di Hanoi, Aidil yang dinobat pemain terbaik perlawanan tahu
dia dan rakan sepasukannya di barisan pertahanan perlu mengurangkan kesilapan
dan berharap momentum sama dapat dikekalkan pada separuh akhir.
“Pada perlawanan hari ini
(semalam), kami mahukan kemenangan tapi bagi saya secara peribadi, pertahanan
kami (Shahrul Saad, Syahmi Safari, Syazwan Andik Ishak) melakukan kerja hebat
untuk mengecilkan kesilapan kami dan meraih tiga mata penting,” katanya.
Aidil, 31, turut mengakui
terkejut apabila dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan kerana dia secara
peribadi berasa tidak layak untuk menerimanya.
“Saya terkejut kerana saya tidak
rasa seperti saya memberikan 100 peratus dan di sana ada pemain yang lebih
layak mendapatnya berbanding saya. Tapi saya menyempurnakan segala tugas saya
dan tanggungjawab sebagai pemain senior dan malam ini saya berjaya menepati
jangkaan jurulatih,” kata Aidil.
Aidil yang juga pertahanan Johor
Darul Ta’zim berkata, mereka akan mengkaji lawan separuh akhir dengan teliti
kerana setiap perlawanan perlu ditempuh dengan pendekatan berbeza tidak kira
apa keputusan aksi terdahulu.
“Bagi perlawanan ini, kami
bertahan dengan baik, serangan bermula dari sana untuk mengaktifkan seluruh
pasukan dan kami tidak melakukan banyak kesilapan kerana kami bersabar, kami
menunggu dan mengambil peluang apabila Myanmar melakukan kesilapan.
“Kami menggunakan Mohamadou
Sumareh tapi bagi perlawanan seterusnya, kami tidak tahu siapa yang akan kami
jumpa dan ia akan menjadi perlawanan yang berbeza jadi kami akan berbincang
bagaimana untuk menanganinya.”
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Ahad,
25 November 2018 | 6:11pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan