Tidak sabar
untuk sarung jersi kebangsaan bulan depan
MOHD. AIDIL
ZAFUAN ABDUL RADZAK (tengah) bersedia untuk bersaing merebut tempat dalam
kesebelasan utama skuad Harimau Malaya apabila kembali selepas 10 bulan
mengumumkan persaraan.
Mohammad
Rozaidi Zulkifli
26 Mei 2017 3:00
AM
AddThis Sharing
Buttons
Share to
FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare
to More
KUALA LUMPUR 25
Mei - Biar apa pun yang diperkatakan orang ramai tentang keputusannya untuk
kembali ke pangkuan skuad kebangsaan, tonggak pertahanan Johor Darul Ta’zim
(JDT), Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak mengakui, dia tidak sabar untuk
menyarung jersi negara dan amat merindui Harimau Malaya.
Aidil, 30, dan
tiga lagi bintang JDT iaitu Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal dan S. Kunanlan
disenaraikan oleh jurulatih baharu, Nelo Vingada untuk menghadapi kelayakan
Piala Asia 2019 menentang Lebanon di Larkin, 13 Jun ini.
Keempat-empat
pemain tersebut sebelum ini mencetus kontroversi apabila mengumumkan persaraan
secara mengejut pada Jun tahun lalu atas alasan peribadi.
Namun, mereka
menyatakan kesediaan untuk kembali mewakili negara sebaik sahaja Tunku Ismail
Sultan Ibrahim dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),
Mac lalu.
“Secara jujur
saya memang rindu untuk mewakili pasukan kebangsaan dan berbesar hati dipanggil
semula menyarung jersi Harimau Malaya.
“Saya akan
memberi yang terbaik dan komitmen 100 peratus kepada pasukan kebangsaan jika
diberi kepercayaan untuk diturunkan,” katanya kepada pemberita selepas tamat
perlawanan Liga Super yang menyaksikan JDT menang 1-0 ke atas PKNS FC di
Stadium Shah Alam, semalam.
Mengulas
mengenai venue latihan skuad kebangsaan yang sebelum ini berpusat di Wisma FAM
dan kini berpindah ke Larkin, Aidil berkata, ia tidak membawa perbezaan.
“Sebelum ini pun
kita pernah berlatih di Johor dan bagi saya fasiliti yang ada di JDT adalah
lengkap... cuma bezanya mungkin suasana baharu (sebelum ini berlatih FAM)
“Kita bakal
diterajui jurulatih baharu dan pemain pun ada beberapa muka baharu.
“Kita tengok
macam mana pada sesi pertama yang bermula 29 Mei ini untuk cuba mengenali satu
sama lain,” jelasnya.
Aidil juga
mengakui, dia perlu bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama kerana
posisi bek tengah memiliki banyak pilihan yang baik.
“Sekarang
pemain-pemain yang bermain di posisi saya pun bagus seperti Khairul Helmi
Johari (Kapten Kedah),” katanya.
sumberArtikel
Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/aidil-rindu-harimau-malaya-1.486228#ixzz4iA8jLwx1
© Utusan Melayu
(M) Bhd