AIDIL ZAFUAN
28 Mac 2017 12:09 A
KUALA LUMPUR 27 Mac.- Tonggak
Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd. Radzak dan S. Kunanlan tidak peduli
dengan kata-kata sinis yang dilemparkan segelintir penyokong bola sepak yang
menggelar mereka sebagai ‘cakap tak serupa bikin’ gara-gara mengumumkan untuk
kembali ke pangkuan skuad kebangsaan.
Aidil dan Kunanlan antara empat
pemain JDT yang membuat pusingan ‘U’ dengan bersetuju untuk kembali menyarung
jersi Harimau Malaysia biarpun mengumumkan persaraan tahun lalu atas alasan
mahu memberi laluan kepada pemain muda.
Selain Aidil, turut menyuarakan
hasrat untuk keluar daripada persaraan adalah kapten JDT, Safiq Rahim dan
Amirulhadi Zainal.
“Sejujurnya saya tidak kisah
dengan kritikan dan suara sumbang penyokong yang mempersoalkan keputusan saya
dan rakan-rakan lain mengubah fikiran untuk kembali menyarung jersi kebangsaan.
Mungkin segelintir sahaja yang berkata begitu dan ada juga yang memberi
sokongan.
“Kami juga bersedia jika
diperlukan oleh pasukan tetapi semua keputusan bergantung kepada jurulatih
(baharu) Mario Gomez.
“Pedulikan apa yang orang mahu
kata, janji apabila diperlukan kami memberi aksi terbaik untuk negara. Saya
percaya pengalaman yang dimiliki mampu dikongsi dengan pemain-pemain muda lain
demi kebaikan skuad kebangsaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Aidil, 30, dia tidak menafikan
dia mengambil keputusan untuk bersara daripada skuad kebangsaan kerana ingin
memberi peluang kepada pemain muda mewakili negara, namun mengubah pendirian
itu setelah mengadakan pertemuan dengan presiden baharu Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Keempat-empat bintang Harimau
Selatan itu mengumumkan persaraan secara mengejut secara beramai-ramai pada
Julai tahun lalu.
Ekoran persaraan tersebut, mereka
terlepas mewakili negara pada Piala AFF Suzuki 2016 di Yangon, Myanmar yang
menyaksikan perjuangan skuad Harimau Malaysia tersekat di peringkat kumpulan.
Sementara itu, pertahanan kanan
JDT, S. Kunanlan, 30, senada dengan Aidil dan menyifatkan sebagai seorang
pemain profesional, mereka harus terbuka menerima sebarang kritikan daripada
penyokong.
“Tidak kisah dengan dakwaan
penyokong yang kononnnya kepulangan kami disebabkan Tunku Ismail menjadi
Presiden FAM.
“Memang benar keyakinan kami
untuk kembali menyarung jersi kebangsaan disebabkan TMJ sendiri berjumpa dengan
kami.
“Beliau menasihati kam serta
menjelaskan perubahan-perubahan yang bakal dilakukan.
“Saya cukup teruja seandainya
dipilih mewakili negara semula.
“Apa yang menarik minat lagi
adalah bersama-sama merasai perubahan baharu yang bakal dilakukan dalam FAM
seperti dijanjikan TMJ,” katanya kepada Utusan Malaysia.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/aidil-kunanlan-enggan-peduli-suara-sumbang-1.462670#ixzz4cnqgKRwd
© Utusan Melayu (M) Bhd