JURULATIH
Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe hanya mengekalkan 14 daripada 25 pemain yang
dipanggil pada kem latihan pusat sebelum ini untuk menghadapi Piala AIRMARINE
2019 dan kapten, Zaquan Razak antara digugurkan. FAM
16 Mei 2019
11:28 AM
KUALA LUMPUR
16 Mei - Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe membuat kejutan apabila
tidak menyenaraikan kapten, Zaquan Adha untuk menyertai kem latihan bagi
menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Difahamkan
faktor kecergasan menjadi punca Cheng Hoe tidak menyenaraikan penyerang Kedah
itu malah jurulatih berusia 51 tahun itu hanya mengekalkan 14 daripada 25
pemain yang dipanggil pada kem latihan pusat sebelum ini untuk menghadapi Piala
AIRMARINE 2019.
Selain Zaquan,
tiga lagi pemain skuad naib juara Piala AFF 2018 iaitu penjaga gol Khairul
Fahmi Che Mat (Melaka United), Nazirul Naim Che Hashim (Perak) dan Ahmad Hazwan
Bakri (Johor Darul Ta’zim) turut digugurkan.
Baki tujuh
pemain lain yang turut digugurkan adalah Rizal Ghazali (Kedah), Abdul Latiff
Suhaimi (Selangor), Hadin Azman (Felda United), S. Kumaahran (JDT II), Hafiz
Ramdan (PKNP FC), Firdaus Saiyadi (Perak) dan Nicholas Swirad (PKNS FC).
Menggantikan
kekosongan tersebut, Chengo Hoe memanggil enam pemain yang terlibat dalam
kempen Kelayakan Kejuaraan Bawah 23 (B-23) AFC 2020 pada Mac lalu iaitu empat
pemain JDT – Safawi Rasid, Akhyar Rasid, Syamer Kutty Abba dan Dominic Tan
serta Syahmi Safari (Selangor) dan Faisal Abdul Halim (Pahang).
Tiga pemain
JDT iaitu penjaga gol, Farizal Marlias, Adam Nor Azlin dan Syafiq Ahmad bersama
Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak) dipanggil menyertai kem latihan. Melengkapkan
senarai, pemain berdarah campuran, La’Vere Corbin-Ong (JDT) dan Rodney Celvin
Akwensivie (PKNS FC) menjadi pilihan Cheng Hoe.
Kem latihan
pusat bermula pada 27 Mei ini dan skuad kebangsaan yang berada di kedudukan
ke-168 akan bertemu Nepal di kedudukan ke-161 pada 2 Jun dalam aksi
persahabatan di Stadium Nasional Bukti Jalil.
Cheng Hoe akan
menggugurkan tiga pemain sebelum memuktamadkan senarai 23 pemain untuk dua
perlawanan bertemu Timor-Leste di venue yang sama pada 7 Jun ini dengan aksi
tempat lawan turut diadakan di Bukit Jalil pada 11 Jun.
Jika berjaya
mengatasi Timor-Lester, Harimau Malaya akan mara ke pusingan kedua Kelayakan
Piala DUnia 2022/Piala Asia 2023 membabitkan 40 pasukan terbaik Asia yang
dibahagikan kepada lapan kumpulan (lima pasukan setiap kumpulan) dan akan
berlangsung selama sembilan bulan untuk 10 hari perlawanan dari 5 September ini
hingga 9 Jun 2020. – SUMBER UTUSAN ONLINE 16 Mei 2019 11:28 AM