Sabtu, 3 Julai 2021

ACL: JDT bukan cakap besar, Mora tanam mentaliti kemenangan

Astro Arena

Julai 4, 2021 06:59 MYT



ACL: JDT bukan cakap besar, Mora tanam mentaliti kemenangan

Peneraju kancah tempatan itu akan berdepan Nagoya malam ini malah berdepan penyingkiran awal. - Foto Facebook/JOHOR Southern Tigers

BANGKOK: Johor Darul Ta'zim (JDT) bukan sekadar penumpang dan sentiasa mempunyai impian besar dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Namun, dalam kempen ketiga mereka - menarik diri tahun lalu atas faktor COVID-19 - Benjamin Mora percaya mereka akan terus berkembang seiring pengalaman yang dikutip.

backup_ads

Juara rentetan tujuh Liga Super itu menduduki tangga ketiga Kumpulan G dalam kempen di Thailand berkenaan yang menyaksikan mereka menang sekali ke atas Ratchaburi Mitr Phol tetapi tewas dua kali kepada wakil Korea Selatan, Pohang Steelers, dan sekali kepada kelab Jepun, Nagoya Grampus.

Sumber Facebook johorsoutherntigers.com.my

Peneraju kancah tempatan itu akan berdepan Nagoya malam ini malah berdepan penyingkiran awal.

Bagaimanapun, ketua jurulatih kelahiran Mexico itu menafikan Harimau Selatan sering bercakap besar, sebaliknya ia mencerminkan mentaliti kemenangan yang diterapkan.

"Inilah jangkaan saya terhadap pemain (untuk menang).

"Bayangkan kalau saya tidak tanamkan pemikiran ini dengan (menyatakan) kami tidak mampu menang, tidak dapat beraksi dengan baik.

"Sudah tentu saya mahu fikir dan jangkakan akan menang," katanya dalam sidang akhbar menjelang pertembungan dengan pendahulu kumpulan itu di Stadium Rajamangala.1

_____________________________________

1https://www.astroawani.com/berita-sukan/acl-jdt-bukan-cakap-besar-mora-tanam-mentaliti-kemenangan-306555

Jumaat, 25 Jun 2021

Hampiri 100 kap

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my



AIDIL Zafuan Abd Radzak.

Kuala Lumpur: Ketua pasukan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd Radzak semakin hampir untuk mencatat penampilan ke-100 di peringkat antarabangsa apabila dia kini merekodkan 91 kap buat negara.

Malah, pertahanan tengah itu juga mungkin bakal berada dalam senarai 'Fifa Century Club' bersama tiga lagi bekas pemain negara yang diiktiraf Fifa sebagai pemain paling banyak beraksi di pentas antarabangsa.

Menerusi semakan pada laman resources.fifa.com, Fifa mengiktiraf bola sepak Malaysia apabila tiga bekas pemain Harimau Malaya tersenarai dalam 'Fifa Century Club' yang mengiktiraf pemain mencapai sekurang-kurangnya 100 penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan.

Tiga pemain itu adalah Datuk Shukor Salleh, Datuk Mokhtar Dahari dan juga Datuk R Arumugam yang tersenarai daripada 494 pemain dari seluruh dunia.

Menerusi semakan di laman web Fifa itu, Shukor yang juga bekas pemain Pulau Pinang merekodkan bilangan penampilan paling banyak dengan 163 kali sejak penampilan pertama pada 15 November 1970.

Manakala, Allahyarham Mokhtar pula muncul pemain Malaysia kedua terbanyak dengan 138 penampilan bermula pada 7 Jun 1972 sehingga kap terakhirnya pada 1985 iaitu selepas 14 tahun mencurah bakti negara.

Ia diikuti penjaga gol, mendiang Arumugam atau lebih dikenali dengan jolokan 'Spiderman' yang mencatat 131 kali dengan penampilan pertama pada 17 Mei 1973 sehingga 1986.

Bagaimanapun, rekod berkenaan boleh dipecahkan oleh pemain yang masih aktif ketika ini iaitu Aidil yang juga beraksi untuk Johor Darul Ta'zim (JDT) di Liga Malaysia. Aidil yang berusia 33 tahun dilihat masih mampu beraksi di peringkat tertinggi untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi.

Disiarkan pada: Jun 26, 2021 @ 6:32am.1

__________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/06/722723/hampiri-100-kap

Sabtu, 22 Mei 2021

PENJARING GOL MALAYSIA SEPANJANG ZAMAN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Name                                First/Last    Goals
 
01.Mohamed Mokhtar DAHARI            1972-1985       89
02.Abdul Ghani MINHAT            [1] 1956-1966       61
03.Zainal Abidin HASSAN              1980-1997       53
04.Isa ABU BAKAR                     1974-1981       44
05.Shaharuddin ABDULLAH              1967-1974       39
06.Dollah SALLEH                     1985-1996       33
07.Safee SALI                      * 2006-2017       23
08.James WONG                        1972-1981       23
09.Robert CHOE            10.  [2]   1958-1966       22
10.WONG Choon Wah                    1968-1977       20
11.THANABALAN Nadarajah              1964-1969       19
12.Rusdi SUPARMAN                    1999-2001       18
13.Azman ADNAN                       1991-2000       17
14.Arthur KOH                  [3]   1958-1965       17
15.Indra PUTRA Mahayuddin          * 2002-2014       17
16.Bakri IBNI                        1976-1983       16
17.Safiq RAHIM                     * 2007-2018       15
18.Amri YAHYAH                     * 2004-2017       15
19.Syed Ahmad ABU BAKAR              1966-1974       14
20.Hassan SANI                       1977-1984       14
21.Norshahrul Idlan TALAHA         * 2007-2019       14
22.Abdah ALIF                        1975-1980       13
23.Hairuddin OMAR                    2000-2009       13
24.SOH Chin Ann                      1969-1984       13
25.Zaquan Adha ABDUL RADZAK        * 2007-2019       12
26.Stanley GABRIELLE           [4]   1959-1964       12
27.LIM Teong Kim                     1982-1991       12
28.Ali BAKAR                         1970-1976       11
29.Harun JUSOH                       1969-1976       11
30.Rahim OMAR                  [5]   1957-1963       11
31.Safawi RASID                    * 2016-2019       10
32.Nizaruddin YUSOF                  1999-2008       10.1


1http://www.rsssf.com/miscellaneous/malay-recintlp.html(diakses pada 22 Mei @021)

REKOD KAPS PEMAIN MALAYSIA SEHINGGA 22.5.2021

 REKOD KAPS PEMAIN MALAYSIA SEHINGGA 22.5.2021

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Malaysia - Record International Players


NB: includes Malaya until 1962.
Last match included: Malaysia-Indonesia, 19 Nov 2019

Appearances for Malaysia National Team

Name                          First/Last     Caps  Goals 

SOH Chin Ann                  1969-1984      224     13
Abdul Shukor SALLEH           1970-1981      171     05
ARUMUGAM Rengasamy            1973-1986      142      0
Mohamed Mokhtar DAHARI        1972-1985      142     89
Zainal Abidin HASSAN          1980-1997      136     53
CHANDRAN Mutveeran            1965-1974      123      2
Santokh SINGH                 1973-1984      118      7
Ahmad YUSOF                   1981-1993       95      6
Jamal NASIR                   1975-1984       88      2
WONG Choon Wah                1968-1977       88     20
Aidil Zafuan ABDUL RADZAK   * 2007-2019       87      3
Dollah SALLEH                 1985-1996       81     33
Norshahrul Idlan TALAHA     * 2007-2019       80     14
Safee SALI                  * 2006-2017       76     23
Safiq RAHIM                 * 2007-2018       75     15
KUNANLAN Subramaniam        * 2009-2017       74      0
Yahya JUSOH                   1976-1981       73      1
Azizol Abu HANIFFAH           1983-1993       7       8
Abdul Ghani MINHAT            1956-1966       71     61
Shaharuddin ABDULLAH          1967-1974       70     39
Norhafiz Zamani MISBAH        2001-2011       66      2
Isa ABU BAKAR                 1974-1981       65     44
Amri YAHYAH                 * 2004-2017       64     15
Bakri IBNI                    1976-1983       63     16
Rosdi TALIB                   1999-2007       63      4
Abdullah ALI                  1976-1980       62      7
Abdah ALIF                    1975-1980       60     13
LIM Teong Kim                 1982-1991       60     12
RAJINIKANDH Batumala          1996-2001       59      1
Baddrol BAKHTI              * 2009-2019       58      5
Muhammad Shuko              * 2001-2014       56      5
Khairul Fahmi CHE           * 2010-2019       56      0
Indra Putra MAHAY           * 2002-2015       56     17
Mohamad Fadhli SHAS         * 2010-2018       55      0
Hairuddin O                   2000-2009       54     13
Azman ADNAN                   1991-2000       52     17
Kaironnisam Sahabudin HU      2002-2009       52      1
Mahali JASU                 * 2009-2018       52      3
Nizaruddin YUSOF              1999-2008       51     10
Serbegeth SINGH               1982-1991       50      1
Zaquan Adha ABDUL RA        * 2007-2019       49     12
Farizal MARLIAS             * 2009-2019       45      0
Abdul Rashid HA               1975-1989       41      0
Ahmad Shahrul AZ              1997-2002       40      7
Khairul Azman MOHAM           1991-1997       40      0
Shahrul SAAD                * 2015-2019       40      4
Amirulhadi ZAINAL           * 2007-2017       40      7
James WONG                    1972-1981       40     23
YAP Wai Loon                  1991-1999       39      0
Azamuddin AKIL              * 2012-2017       38      5
CHOW Chee Keong               1966-1981       38      0
NANTHAKUMAR Kaliappan         2002-2007       36      0
Asraruddin Putra OMAR         2008-2014       35      0
Fadzli SAARI                  2002-2007       35      3
Rusdi SUPARMAN                1996-2001       35     18
Syamsuri MUSTAFA              2002-2009       34      0
Fakri SAARANI               * 2009-2016       34      2
LEE Kin Hong                  1987-1993       33      0
Khyril MUHYM                * 2007-2013       33      5
Ahmad Hazwan BAKRI          * 2012-2019       32      7
Amar ROHIDAN                  2009-2012       32      0
Eddy Helmi MANAN              2002-2007       31      3
GUNALAN Karupiah              1986-1996       30      0
Abdul Ghani MALIK             1995-2001       30      1
Hassan SANI                   1977-1984       30     14
Muslim AHMAD                * 2009-2015       29      0
Matthew Thomas DAVIES       * 2015-2019       29      0
Irwan Fadzli ID               2001-2009       29      1
Hardi JAAFAR                  2006-2009       29      3
Azmin Azram AZIZ              1998-2004       28      0
Wan Zack HAIKAL             * 2012-2018       28      4
Idris Abdul KARIM             1995-2005       28      1
Zami Mohamad NO               1995-2000       28      1
Muhammad Safawi RASID       * 2016-2019       27     10
Muhammad Zubir AZMI         * 2011-2015       26      0.1

______________________________________________

Selasa, 18 Mei 2021

'Kami hanya fikir untuk menang - Aidil

BERNAMA



AIDIL (dua dari kanan) tidak mahu memikirkan mengenai penarikan diri Korea Utara. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia

Kuala Lumpur: Hanya usaha meraih kemenangan menjadi tumpuan utama skuad kebangsaan pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula Jun ini.

Ketua pasukan Aidil Zafuan Abdul Radzak berkata fokus pasukan sentiasa tertumpu kepada baki tiga perlawanan menentang UAE, Vietnam dan Thailand dalam misi skuad Harimau Malaya memburu slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Dia berkata barisan pemain turut enggan memikirkan perkara-perkara yang di luar kawalan pasukan termasuk perkembangan penarikan diri Korea Utara daripada kempen kelayakan itu yang berkemungkinan mendatangkan kesan kepada pungutan mata dalam saingan kumpulan.

"Bagi saya mudah, kita pun belum tahu situasi apa yang bakal berlaku tetapi kami (pasukan) tidak mahu memikirkan mengenai penarikan diri Korea Utara, kami hanya memikirkan kemenangan. Apa sahaja jadi, kita perlu menang dan jika menang kita tidak akan menghadapi masalah.

"Fokus utama kami adalah mencari kemenangan dan meraih seberapa banyak mata yang boleh," katanya pada sidang media kem latihan pusat skuad kebangsaan secara maya di sini hari ini.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam mengesahkan Persatuan Bola Sepak Korea Utara menarik diri daripada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 dan akan merujuk perkara itu ke Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Akhbar tempatan melaporkan tindakan Korea Utara menarik diri itu bakal membawa kesan buruk kepada semua pasukan bertanding kerana kemungkinan keputusan aksi menentang pasukan tercorot kumpulan tidak akan dikira.

Sementara itu, Mohamad Aidil yang juga tunggak pertahanan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sedia digandingkan dengan mana-mana pemain di posisi pertahanan tengah skuad kebangsaan selepas ketiadaan Mohd Shahrul Mohd Saad akibat kecederaan.

Katanya, dia sudah mempunyai pengalaman beraksi bersama empat pemain pertahanan lain yang turut disenaraikan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe iaitu Adam Nor Azlin, Dominic Tan, Junior Eldstal dan Irfan Zakaria.

"Cuma dari segi taktikal, individu terpilih nanti kena faham apa taktikal yang jurulatih nak lakukan, itu lebih penting. Dari segi persefahaman bagi saya tidak ada masalah," katanya.

Malaysia yang kini menduduki tempat kedua dengan mengumpul sembilan mata dalam saingan Kumpulan G kempen kelayakan itu akan meneruskan baki perlawanan bertemu UAE pada 3 Jun, Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).Disiarkan pada: Mei 17, 2021 @ 10:28pm.1



Khamis, 22 April 2021

Aidil Zafuan sedia kongsi pengalaman

BERNAMA



Luqman Hakim Shamsudin (kiri) antara pemain yang bakal menjadi sandaran skuad Harimau Malaya. FOTO FAM.

Kuala Lumpur: Kapten skuad Harimau Malaya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak bersedia berkongsi pengalaman dengan pemain muda sekiranya mereka dipanggil menyarung jersi kebangsaan pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jun ini.

Aidil Zafuan yang kagum dengan corak permainan berkualiti tinggi dimiliki beberapa pemain muda seperti penyerang muda sensasi Luqman Hakim Shamsudin yang kini bersama kelab Belgium iaitu K.V. Kortrijk, serta dua bintang meningkat naik Johor Darul Ta'zim (JDT), Ramadhan Saifullah Usman dan Arif Aiman Mohd Hanapi berkata, pengalamannya mungkin berguna terutama ketika berdepan pasukan kuat.

"Dari segi pengalaman mungkin mereka kurang dan kita sebagai senior mungkin bimbing mereka melalui apa yang kita peroleh setakat ini," katanya.

Mengulas lanjut, pemain berusia 33 tahun melakukan lebih 80 penampilan bersama skuad senior kebangsaan sejak 2008 itu berkata, pengalaman dikumpulnya terutama panduan ketika beraksi bertemu pasukan kuat pada perlawanan antarabangsa itu boleh dikongsi dengan pemain-pemain muda ini.

Ketua jurulatih Tan Cheng Hoe pada Isnin memaklumkan mengenal pasti beberapa muka baharu selepas membuat senarai pendek terhadap 38 pemain untuk persiapan menghadapi cabaran di UAE nanti.

Saingan lebih mencabar pastinya menanti barisan pemain untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan memandangkan hanya 26 atau 27 pemain akan terpilih dalam senarai akhir sebelum berlepas ke UAE dijadualkan pada 20 Mei.

Luqman Hakim dan Ramadhan Saifullah adalah antara muka baharu yang dipanggil menjalani kem latihan pusat skuad negara di Johor pada Mac lepas.

Sementara itu, tonggak pertahanan JDT itu menyifatkan dua aksi pemanas badan menentang Kuwait pada 23 Mei dan Bahrain (28 Mei) sebagai percaturan terbaik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menilai tahap kemampuan sebenar pasukannya sebelum cabaran sebenar di UAE kelak.

"Kuwait dan Bahrain menghuni ranking tinggi dan pasukan yang bagus untuk kita bertemu nanti. Saya rasa kalau kita tidak bermain sebelum perlawanan sebenar mungkin ada masalah dari segi kecergasan dan diharapkan aksi persahabatan berjalan lancar," tambahnya.

Berdasarkan ranking FIFA, Kuwait kini menduduki tangga ke-148 manakala Bahrain pula tangga ke-99. Malaysia menghuni tangga ke-153.

Malaysia akan menentang tuan rumah UAE pada 3 Jun, sebelum berdepan Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) dalam perebutan gelaran juara Kumpulan G, bagi memburu slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 sekali gus mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.1

Disiarkan pada: April 22, 2021 @ 3:04pm

Khamis, 11 Mac 2021

Zaquan percaya NSFC mampu benam JDT II

 SUKAN



ZAQUAN mengingatkan rakan-rakan sepasukan agar tidak menjadikan keputusan cemerlang dalam tiga aksi persahabatan pramusim dijadikan sebagai kayu ukur menjelang aksi menentang JDT II di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Zaquan percaya NSFC mampu benam JDT II

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

5 Mac 2021, 9:57 pm

KAPTEN Negeri Sembilan FC (NSFC), Zaquan Adha Abdul Radzak berazam membantu pasukan memulakan aksi Liga Premier dengan langkah kanan menjelang aksi bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) II di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Kata Zaquan, sambutan yang cukup baik diberikan oleh penyokong NSFC dalam penswastaan kelab memberikan semangat tambahan kepada seluruh pemain dalam memberikan cabaran kepada kejuaraan liga musim ini.

Secara peribadi, sejak saya balik semula ke sini, saya lihat banyak perkembangan positif yang begitu ketara dalam kalangan penyokong kerana selama ini macam suam-suam sahaja sokongan mereka.

Jadi, saya harap benda yang baik ini berterusan dan saya bersama pasukan harap dapat mencipta kejayaan demi NSFC serta penyokong.

Perlawanan pertama selalu menjadi detik penting kepada mana-mana pasukan kerana secara tidak langsung akan berikan keyakinan bagi mengharungi musim yang panjang ini.

Namun, JDT II bukan pasukan yang mudah kerana mereka mempunyai barisan import yang berkualiti terutama ketua pasukan (Nicolas Fernandez) selain pemain-pemain muda berbakat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bekas ketua pasukan Harimau Malaya itu pada masa sama tidak mahu keputusan cemerlang yang dicatatkan oleh skuad kendalian K. Devan dalam tiga aksi persahabatan pramusim dijadikan sebagai kayu ukur.

Momentum serta motivasi pasukan sangat positif dengan meraih kemenangan pada tiga perlawanan lepas tetapi ia hanyalah aksi persahabatan. Apa yang penting adalah kemenangan bertemu JDT nanti,” katanya. SUMBER– KOSMO! ONLINE